ADA JIWA KANAK-KANAK

ADA JIWA KANAK-KANAK  | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. SNEK ku.. perisa udang. Original. PC panggil keropok bantal je. Siapa sangka dulu sekolah menengah selalu beli di koperasi sekolah.. dah tua-tua dapat lagi makan keropok bantal ni.

Raya ke, hari-hari biasa ke memang biasanya beli. Habis je babah beli. Kalau babah tak beli en suami yang beli. Dua-dua tak beli, PC yang beli. Cemilan sambil sembang. Senaman rahang. Ketagih. Tapi bahaya juga kalau terlanjur suka. Sejak balik kampung ni, adoii. Ada saja itu ini idea. Kadang adik-adik sepupu bagi idea. Ahhh. Parah.

Jadi rebutan dan gaduh. Bila ada anak-anak saudara.. anak-anak buah datang. Sepupu-sepupu, masing-masing syok makan. Sambil sembang. Terus sembang zaman sekolah. Nahhh. Berjela-jela la cerita.. yang fakta.. yang auta..  semua cerita ada. Keropok bantal punya pasal. Bila balik siap minta bungkus lagi. Apa pulak tak boleh. Mestilah boleh. Bagi lebih nanti bergaduh dalam kereta ada yang botak rambut kena tarik. Haha.

ADA JIWA KANAK-KANAK

Ada jiwa kanak-kanak. "Eleh macam budak-budak..". Ada aku kesah.. kesah pulak aku. Haa. Jeng.. jeng.. jeng. Bukan ke kita ni semakin tua, semakin kembali ke zaman kanak-kanak. Kalau pun tidak keseluruhan bersikap begitu, tapi jiwa keanak-anakkan itu memang sedia ada. Spontan. Naluri yang semulajadi. Sebenarnya biasa je.. tapi oleh kerana lazimnya budak kecil yang buat.. tapi kita yang dah tua-tua buat.. tu yang kata macam budak-budak. Hurmmm. Ada je tak kena. 

Benda makan ni.. ikut selera. Ada masa ingin. Kadang luar jangka. Ada rezeki beli. Tak dapat banyak.. cukup sekadarnya sahaja. Cuma bila menikmati makanan tu.. berpada-padalah.

NOTA PC : sesekali makan kacang tumbuk sedap juga.

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Salam singgah..kegemaran makan hingga sekarang ..sesekali makan bersama anak-anak..pasti nak lagi kan..sedap, ada macam macam perasa

    BalasPadam
  2. Terima kasih ya, ada link blog Etuza..kita teruskan blog selagi mampu ya, inshaAllah

    BalasPadam
  3. Kami panggil roti bantal :) Kacang tumbuk dgn asam katok pun sedap PC. Nostalgia!

    BalasPadam
  4. ni kudap-kudap zaman sekolah, time balik sekolah agama jerk mesti beli jajan ni...kacang tumbuk pon sama...ahaksssss nostalgia

    BalasPadam
  5. Saya suka beli Keropok TAM TAM...kadang2 teringin nak menikmati zaman kanak2 tu...

    BalasPadam
  6. At Kwik Kar Auto Dallas, we understand that your vehicle is more than just a mode of transportation—it's a vital part of your daily life. That's why we offer comprehensive auto repair services designed to keep you on the road with confidence. From routine oil changes and brake inspections to complex engine diagnostics and transmission repairs, our experienced technicians provide reliable, efficient, and affordable solutions tailored to your vehicle's specific needs. With a commitment to quality and customer satisfaction, oil change service is your trusted partner for all your car care needs.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama