BELAJAR SESUATU DARI ALAM | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. SEKARANG KERAP HUJAN. ALHAMDULILLAH. KITARAN sudah bermula. Cuma risau sikit sebab hujan disertai dengan angin yang kuat. Sesekali ada guruh. MasyaAllah. Cahaya kilat buat kecut perut. Itu baru di dunia. Ya Allah. Bila hujan lebat ada angin.. guruh, petir dan kilat.. terutama waktu malam.. jawabnya tak tidur. Terkebil-kebil biji mata. Kecuali dah mengantuk sangat-sangat. Haaa. Bahaya juga. Sedar-sedar eh dah nampak tanah. Ayam dah kais-kais tanah cari rezeki. Allahu. Kita baru nak buang tahi mata. Ahhh kacau.. parah parah parah.. ni parah ni..
![]() |
| Pokok Cili. Senget macam nak tercabut dari pasu pokok cili ni.. |
PC suka keluar rumah awal pagi bila malam hujan. Sebab aroma hujan dan embun menyatu. Sejuknya menenangkan. Suasananya damai. Nyaman anginnya susah nak dijelaskan. Bak kata babah - "nikmat alam semulajadi terus daripada Allah swt..takkan sama dengan yang manusia cipta..walau sebaik sekualiti apa pun nilainya". Walau tengok banyak pokok yang separuh tumbang.. macam rebah tak rebah je tu kan yang ditanam kat tanah ke.. dalam pasu ke.. hati tenang. Terapi. Cuma bila musim hujan disertai ribut ni, bekalan elektrik akan kerap terputus. Banyak pokok tumbang di kampung. Hempap tiang dan wayar elektrik.
Bersiap sedia dengan banjir. Mahu tidak mahu. Berat dan menguras banyak tenaga hal yang satu ini. Tidak kiralah banjir yang pada tahap merah atau sekadar di halaman rumah takat paras betis sahaja. Banjir adalah banjir. Mental dan emosi tetap terganggu. Risau tetap ada. Bencana alam. Tidak semudah ABC 123 ALIFBATA kita nak ubah. Mungkin ada yang mudah diubah atau diperbaiki, tidak kurang sebaliknya.
Kita manusia. Hidup saling berdampingan satu dengan yang lain. Saling memerlukan. Begitu realitinya. BELAJAR SESUATU DARI ALAM kata babah. Kita manusia sebahagian dari penghuni alam ini. Mungkin pada pandangan mata kasar semuanya seperti bisu dan pekak. Bagai tidak bernyawa.. seperti hambar atau tawar. Bukankan setiap apa yang Allah swt akan sentiada memuji, beribadah dan taat pada-NYA dengan cara masing-masing. Bicara dalam sepi. Itu lebih berbahaya.
Mulia manusia kerana OTAK YANG BERAKAL. Tapi ingat... hujungnya ke tanah semula juga. Buatlah penilaian sebaik-baiknya. Jadilah manusia yang baik. Baik kerana Allah swt. Bagai padi.. semakin menunduk bila berisi. Sekeras-kerasnya ombak.. tetap kembali ke pesisir pantai dengan keadaan apa sekalipun. Seberat apa pun bebanan awan.. tetap terus bergerak bersama-sama angin. Hidup tidak untuk menongkat langit. Kalau pun kudrat berdaya menongkah arus, satu detik ada titik lelahnya. Buat apa yang DIA suka. Sia-sia buat apa yang kita suka tapi DIA murka.
NOTA PC : hujan semula
Tags:
Santai Peribadi

Salam singgah..awal pagi BW..kita tak akan kekal hidup..semoga membawa amal yang baik ke akhirat..aamiin
BalasPadamSalam kenal Jue, singgah and follow sini. Manusia dan alam tak dapat dipisahkan. Kalau tiada alam rasanya tiada penghidupan.
BalasPadamHi PC lama SA x singgah sini..SA pun suka keluar selepas hujan..segar udaranya kan..
BalasPadamAt Kwik Kar Auto Dallas, we understand that your vehicle is more than just a mode of transportation—it's a vital part of your daily life. That's why we offer comprehensive auto repair services designed to keep you on the road with confidence. From routine oil changes and brake inspections to complex engine diagnostics and transmission repairs, our experienced technicians provide reliable, efficient, and affordable solutions tailored to your vehicle's specific needs. With a commitment to quality and customer satisfaction, oil change service is your trusted partner for all your car care needs.
BalasPadam