CEPAT-CEPAT SEDAR | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. BERCUCUK TANAM JADI TERAPI untuk PC. Mama suka tanam pokok-pokok. Tak kiralah pokok yang mengeluarkan hasil boleh dimakan atau pokok-pokok perhiasan hidup. Tapi PC ni cenderungnya pokok-pokok yang hasilnya boleh dimakan. Pokok-pokok bunga suka juga tapi tak setanding mama.
Alhamdulillah ada rezeki sikit. Ada jugalah keliling rumah ni ha kawasan kosong untuk bercucuk tanam. Tanam pokok cili. Alhamdulillah dah rasa hasilnya. Tanam pokok tebu pun dah rasa hasilnya. Alhamdulillah. Ada juga beberapa lagi jenis tanaman. Syukur. Terkini pokok petola licin. Anak benih dari rumah mertua. Patutnya kami terus je tanam biji benihnya. Bukan ambil anak pokoknya. Lagi elok tanam biji benih. Haaa.
Semangat dan kesabaran diuji. Bercucuk tanam memang kesabaran teruji. Lagi-lagi bila pokok yang diranam kena serang binatang atau seranggan. Itu belum lagi dibunuh dengan penyakit. Ya Allah. Kalau dari kecil boleh lagi tutup mata keringkan hati. Bila dah tumbuh besar elok.. tiba-tiba menunjukkan tanda-tanda hayat bakal tamat.. Allahu. Sedih. Semangat pun kendur.
Sebelum semangat kendur dan luntur.. nahhh, cubalah tanam pokok Petola licin ni. PC nak tunjuk buahnya pun setakat ni yang PC dan en suami tanam belum berhasil hingga buahnya boleh dimasak buat lauk. Tapi kalau pokok yang di rumah mertua PC alhamdulillah sudah mengeluarkan hasil.. sekejap yaaa.. baiklah.. ini hasil dari rumah mertua ya.
![]() |
| Pokok dan hasil petola licin di rumah mertua |
Sebaliknya di kediaman kami.. dalam hati berkata-kata. Manusiawi. Tetapi cepat-cepat sedar diri. Semua atas MAHU dan IZIN ILAHI. Ini sebenarnya contoh sederhana yang ringan. Bagaimana Allah swt berkata dan berkehendak sesuatu terjadi atau sebaliknya. Ujian untuk iman hamba-hambaNya. Rasa sabar, reda, tawakal dan bersyukur.
![]() |
| Harapan |
![]() |
| Senyuman |
![]() |
| Syukur |
![]() |
| Pinjaman sementara |
![]() |
| Akhirnya |
NOTA PC : alhamdulillah panas terik
Tags:
Santai Peribadi






rajin nya. berbudi dgn tanah mmg hasil yg baik. i ni jenis dah malas nak bercucuk tanam. kena boost the mood back la kan.
BalasPadamHasil berbudi dengan tanah memang puas bila banyak hasil. Time harvest tu berganda kepuasan.
BalasPadamseronoknya menjadi hasil tanaman.....semangat tengok
BalasPadamAlhamdulillah ..tanaman berhasil ..dah ada boleh di tuai...rezeki semua dariNya
BalasPadamAt Kwik Kar Auto Dallas, we understand that your vehicle is more than just a mode of transportation—it's a vital part of your daily life. That's why we offer comprehensive auto repair services designed to keep you on the road with confidence. From routine oil changes and brake inspections to complex engine diagnostics and transmission repairs, our experienced technicians provide reliable, efficient, and affordable solutions tailored to your vehicle's specific needs. With a commitment to quality and customer satisfaction, oil change service is your trusted partner for all your car care needs.
BalasPadam