68 TAHUN MERDEKA | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Tema Hari Kebangsaan 2025, ‘Malaysia Madani: Rakyat Disantuni‘.
Semalam. Meriah. Meriah di mana-mana. Tua muda. Kecil besar. Semua bersatu merai dengan rasa yang pelbagai. Mengapa pelbagai.. kerana setiap orang akan ada pengalaman masing-masing. Ada kenangan yang tidak sama. Semalam juga tentu sahaja tercipta lagi banyak kenangan. Indah atau pahit.
Cuti dilanjut sehingga hari Isnin. Ada yang balik kampung. Adik beradik. Biras. Anak-anak buah semua balik kampung. Berkumpul. Alhamdulillah. Meriah. Syukur pada Allah swt. Hujan turun dengan deras. Rezeki.
PC tidak ke mana-mana. Cuma menonton di televisyen sahaja. Memang beginilah rutin setiap kali ada Sambutan Hari Kebangsaan. Awal pagi sudah terpacak depan televisyen. 3 tahun menonton tanpa mama. Selalu mama teruja. Suka mama tengok pesawat yang dikemudi oleh anggota tentera udara. Bila tengok barisan yang seragam melangkah.. bukan main memuji lagi. Allahu.
68 TAHUN MERDEKA. PC rasa kita tidak sepenuhnya sudah benar-benar merdeka. Penjajahan secara pada pandangan kasar telah tiada. Sudah termaktub dilembaran-lembaran sejarah pun. Namun penjajahan masih ada. Ada!. Terutama jajahan budaya, minda dan jiwa.. melalui kecanggihan yang disalurkan. Jajah tidak semestinya menggunakan senjata tajam atau pesawat yang canggih. Ada cara lebih halus sedang, akan dan telah digunakan. Hati-hatilah.
NOTA PC : hello SEPTEMBER
Tags:
Santai Peribadi

Jujur saya katakan , saya bangga hidup di Malaysia..dan bila kita fikirkan kehidupan kita atas takdir Allah syukuri apa juga nikmat..pasti kita rasa bahagia..
BalasPadamSalam kemerdekaan..mengimbas kembali pejuangan pemimpin masa lalu kini kita nikmati negara merdeka yg ke 68 tahun
BalasPadamSelamat Hari Merdeka 🇲🇾🇲🇾🇲🇾
BalasPadam68 TAHUN MERDEKA marks 68 years of independence and progress. To celebrate and share this inspiring journey, an animated explainer video company can help create compelling videos that highlight the milestones, culture, and achievements of the nation.
BalasPadam