PENUTUP NOVEMBER

PENUTUP NOVEMBER | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. MELANGKAH KE BULAN DISEMBER. Bulan terakhir ditahun 2025. Tolak hari ini bermakna berbaki 30 hari sebelum ke tahun 2026. Allahuakbar. Alhamdulillah. 365 hari bakal berakhir.

Kisah semalam. Hari terakhir November. Seharian yang agak padat untuk pc, encik suami dan keluarga belah encik suami. 30 November ada majlis walimatulurus. Anak perempuan sulong sepupu encik suami melangsungkan perkahwinan. Adik ipar dan biras serta mak mertua bergerak awal sehari iaitu pada 29 haribulan.. sebab mereka ke Pahang dulu. Tidak bermalam pun. Kemudian patah balik menuju ke Bangi dan bermalam di Bangi. PC dan encik suami pergi jemputan bertolak dari kampung. Janji jumpa dan berkumpul dimajlis sahaja.

PENUTUP NOVEMBER
Indah sungguh pelamin dihias
Sejuk sepasang mata memandang
Lumrah pasangan tertawa menangis
Jangan rapuh dugaan bertandang

PENUTUP NOVEMBER
Indah sungguh iramanya
Jiwa dibuai terasa halus
Ada pasang ada surutnya
Berganding tangan melangkah terus

PENUTUP NOVEMBER
Oleh kerana sampai awal sedikit berbanding tetamu lain.. sempat jelajah sekitar dewan. Santai menikmati hiasan. Selesa dan mudah pergerakan. Tidak tergesa-gesa mengambil makanan. Tidaklah bersentuh bahu, lengan dan punggung.

PENUTUP NOVEMBER
Cuaca terik di luar. Segelas tidak cukup. 

PENUTUP NOVEMBER
Maka disambung dengan cendol. Sedap. Cukup rasa. Nikmat.

PENUTUP NOVEMBER
Paling menjadi tumpuan bukan sekadar anak kecil ya.. yang dewasa pun sama teruja.

Alhamdulillah cuaca elok. Panas terik sungguh-sungguh. Allahuakbar. Aircond pun macam tak berasa. Serius. SubhanaAllah. Rasanya pergi balik lebih empat botol air mineral berjaya dihabiskan. Sampai ditempat majlis awal. Maka balik pun awal. Setelah bertemu saudara mara. Setelah kenyang. Setelah hilang rasa letih perjalanan. Maka beransurlah ke destinasi seterusnya.

Ke mana?..

Menuju ke pusara atok perempuan encik suami. Emak kepada emak mertua PC. Masa atok sakit di hospital Serdang kami sempat ziarah. Tapi ketika atok meninggal kami tidak dapat datang ziarah. Encik suami sedang bertugas. Setelah 8 tahun, ini kali pertama PC dan encik suami menziarahi pusara atok. Cantik Allah swt susun. Walau sebelum menuju pusara atok ni ada sedikit ujian tapi alhamdulillah kami sampai. Ya, assalammualaikum atok. Al Fatihah Misah binti Budin.

PENUTUP NOVEMBER
B 7 barangkali Baris 7

PENUTUP NOVEMBER
Allahu. Kami, adik-beradik datang. Menyantuni walau berbeza alam dan cerita. Entah bila datang lagi. InsyaAllah DIA izin.. berziarah lagi nanti.

Cuaca betul-betul panas terik. Semakin panas. Perit kulit. Allahuakbar. Setelah selesai di pusara atok.. kami tiga kereta mula bergerak pulang tetapi dengan haluan dan tujuan serta agenda masing-masing. Berpecah. Jalan pulang. Masih panas terik. Masih berpeluh. Oleh kerana adanya kesesakan lalulintas, maka pergerakkan sangat perlahan. Badan dah letih. Lekit. Sangat tidak selesa. Maka lewat juga sampai rumah. Sebelum balik rumah singgah kedai makan dululah. Sepanjang jalan perut berbunyi. Ya Allah. 

Makan dululah.

PENUTUP NOVEMBER
Rojak tauhu tempe

PENUTUP NOVEMBER

PENUTUP NOVEMBER
Nasi Goreng USA en suami

PENUTUP NOVEMBER

PENUTUP NOVEMBER
Nasi Goreng paprik PC

Takkan makan tak minum?
Air milo ais PC (lupa snap gambar)
Air limau en suami (lupa snap gambar)

Sampai Batu Pahat terus cari kedai makan. Berasap juga tunggu lama. Perut dah rasa tak selesa. Padahal dalam kereta dah makan juga roti. Ingat kami je.. bila WhatsApp adik-adik mereka pun sama. Kelaparan. Mereka pun cari tempat makan juga sebelum teruskan menuju destinasi dan kediaman.

Selesai makan. Balik. Mandi dan solat. Rehat tidur. Allahuakbar. Eh, hari ini sudah 1 Disember. Alhamdulillah. 

NOTA PC : panas terik,, hujan lebat bersilih ganti

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Gabile Chat ve https://askyeriniz.blogspot.com/">Cinsel Chat Dijital platformlar aracılığıyla bağlı ilişkiler dışında oluşan duygusal veya cinsel bağlantılarla karakterize edilen çevrimiçi ilişkiler, potansiyel olarak bağımlılık yaratabilir.Çevrimiçi ilişki bağımlılığının karmaşık dinamiklerini, psikolojik temellerini, nedenlerini, bireyler ve ilişkiler üzerindeki etkisini ve destek yollarını araştırıyor.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama