Perdu Cinta

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt


PERDU CINTA | Permulaan yang tidak mudah untuk memilih tajuk atau memberi nama pada blog yang ingin dibangun.Walaupun pada awalnya sekadar mencuba,suka-suka dan masih lagi tidak tahu ke mana hala tujunya.Rawak.Rambang sahaja semuanya.Sangat jauh daripada frasa serius mahu berkongsi akan sesuatu pada khalayak melalui alam maya.Segan ada,kurang yakin ada.Macam-macam yang bersarang dalam fikiran.

Dan akhirnya timbullah PERDU CINTA."PeRdU" itu kalau dibayangkan pada sebatang pokok,ianya sangat memainkan peranan penting.Teguh,kuat sebatang pokok itu bergantung pada perdunya iaitu merangkumi akar atau tunjangnya.Kuat,walau semakin tinggi bila mana ditiup angin yang paling kencang pun inshaAllah tetap boleh bertahan juga.Aamiin.

"cINta"..semua manusia yang hidup diberi hati yang ada rasa cinta..pada dasarnya rasa cinta itu terlalu luas(universal)untuk dijelaskan.Bersyukurlah kita kerana Allah hadirkan,hidupkan dan suburkan rasa cinta dalam hati kita..kerana cinta manusia boleh berjaya..kerana cinta juga manusia boleh binasa.Tinggal pilih sahaja yang mana.

Tapi cinta,,love,,pyar..pada Allah pasti membawa bahagia yang hakiki,umpama sebatang pokok,kukuhnya dahan yang rimbun,buah yang banyak,daun yang lebar perlukan umbi yang kukuh supaya tidak mudah tumbang dilanda taufan.Pada dasarnya teguhkan rasa cinta pada PENCIPTA kita,,nanti cinta itu akan pesat berkembang.Justeru PeRdU cINta jadi pilihan hati,menjadi tajuk pada blog peribadi ini.Jagalah tunjang cinta kepada Allah swt sebaiknya inshaAllah cinta-cinta lain akan DIA bantu pelihara nantinya.

Sekian

Semua akan indah pada waktunya
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama