Jangan Dibuat Main-main

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

JANGAN DIBUAT MAIN-MAIN |Ada masa boleh bermain-main,bergurau senda dan melawak walau melawaknya dikategorikan agak kurang cerdik atau kurang menjadi..tidak mengapa dan tidak menjadi masalah pun kan kalau dah itu kemampuan kita untuk buat orang bahagia dan ketawa hahahaha..memang sukar mahu buat orang ketawa berbanding buat orang menangis.

Ada ketika perlu serius haruslah serius dalam mengurus atau mengemudi sesuatu hal atau isu yang berbangkit itu dengan sebaik-baiknya.Bila hal serius dibuat main-main..akibatnya mungkin tidak dijangka pendek tetapi ada kesannya untuk jangka masa yang panjang sebenarnya.

Bukan tidak boleh santai..takut tertekan pula jadinya..dan itu juga bererti boleh senang untuk bermain-main juga.

related image

Ingat ya..jangan dibuat main-main dengan kata-kata.Mulut tu jangan ringan sangat bercakap sesedapnya kerana setiap patah kata itu menjadi doa..apatah lagi kalau sering diulang-ulang sebutnya.Allahu.Andai kata-kata yang baik..tidak mengapa pun..jika sebaliknya cuba elakkan.Tapi yalah dah kita ini manusiakan..ada masanya terlajak juga bila bercakap..lepas cakap baru teringat.Baru menyesal.Itu pun kalau ada rasa menyesal..kalau tidak..buar keras sampai ke sudah.Janganlah ya.Kesiankan diri sendiri.Kesian orang lain juga kalau boleh dan sebolehnya.

Satu hal lagi..jangan dibuat main-main dengan janji.Bahaya oii..sangat berbahaya.Tidak timbul isu bila janji ditepati..yang menjadi gaduh bila mana janji tinggal janji macam kulit kuaci terbang ditiup angin..macam kapas terbang melayang-layang entah ke mana perginya..tidak pasti..ibarat bersalai tidak ada api..apa nak jadi..bagimana kesudahannya.Nama baik tercemar.Kepercayaan hilang.Hukum Tuhan digalas..hukuman Tuhan menanti.SubhanaAllah.Beratkan.Maka jangan dibuat main-main dengan janji.

Sehebat mana pun anak muda.Berkereta.Bertakhta.Beharta.Berilmu merentas benua jangan dibuat main-main dengan nasihat orang tua-tua.Berbisa dan bukan biasa-biasa nasihat mereka.Mungkin ada orang tua yang menjadi punca perbelahan..namun sebahagian besar orang tua-tua ni hanya mahukan yang terbaik untuk oorang-orang muda dan anak cucu mereka sebenarnya.Walau pun mungkin nasihat atau pendapat mereka tidak ealran dengan jiwa atau pandangan kita..dengar dan hormati sahaja..tak rugi..tak salah pun.

Sekian.

6 comments:

  1. Bercakaplah benda yg baik2. Maka inshaAllah akan jadi baik..

    Lama sungguh busyra tak singgh sini. Maaf akak lama x menjengah❤️

    ReplyDelete
  2. dont play play.,

    peringatan utk diri wak sendiri jugak., aminn

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.