Kalau Bila Bertukar

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

KALAU BILA BERTUKAR

Awak jadi saya
Saya jadi awak
Awak berada di tempat saya
Saya berada di tempat awak
Boleh jadi boleh
Boleh jadi tidak juga

Belum tentu saya awak mampu
Percaturan Allah itu sentiasa tepat
Selalu hebat
Sentiasa lengkap

Allah sediakan peranan masing-masing
Asing-asing
Namun boleh seiring
Boleh berganding bahu
Boleh berpimpinan tangan
Boleh saling mendengar

Kalau bila bertukar
Kalau pun mahu
Belum tentu mampu
Allah kan lebih tahu
Justeru
Saya begini
Awak begitu

Berada dilaluan dan haluan
Biar tidak setara nanti bertemu juga
Ya berkumpul bersama-sama
Ditempat yang sama
Untuk semua
Berbeza rupa
Ikut apa yang disemai semasa di dunia

Kalau bila bertukar
Seperti yang dimahu
Sedang Allah tidak akui
Yang mesti dilihat sedari awal siapa kamu
Asal usulmu

Sekian.


5 comments:

  1. Macam faham je masksud entry ni....

    ReplyDelete
  2. W'salam PC..
    Tak mau laa tukar tempat, selesa dengan diri sendiri.
    Apa yang berlaku pada diri serah kepada ketentuanNya.

    ReplyDelete
  3. Allah adil letakkan sesuatu pada tempatnya..

    ReplyDelete
  4. Allah mengetahui baik buruk hambaNYA..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.