Jangan Ambil Yang Lawak Dan Lucunya Sahaja

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

JANGAN AMBIL YANG LAWAK DAN LUCUNYA SAHAJA. Media sosial yang ada menjadi wadah atau lapangan untuk sesiapa sahaja berkongsi apa yang mahu dikongsikan. Betul sangat. Setiap orang yang ada akaun dan akaun itu peribadi dia ada hak ke atas akaun media sosialnya. Terserahlah apa yang mahu dikongsikan. Dan berapa banyak yang mahu dikongsikan kepada umum. Peribadi kita kita kongsi. Peribadi orang pun kita kongsi tapi ada syaratnya.

Dewasa ini PC rasa anak kecil pun dah pandai dan dah terbiasa dengan media sosial. Di mana-mana pun. Sesiapa sahaja pun. Mereka bersosial dengan media sosial di bawah pemantauan ibu bapalah kebiasaannya. Namun satu hal yang sangat menarik perhatian PC adalah perkongsian rakaman atau video-video lawak dan lucu yang semakin banyak sekarang. Buka sahaja youtube sebagai contoh, banyak sangat. Semuanya sangat mudah ditonton dan disebar serta tersebar. Tidak perlu mengambil tempoh waktu yang lama pun sebenarnya. Maklumlah semua hujung jari. Sekali klik sahaja. Jauh dan ke mana-mana perginya.

Jangan Ambil Yang Lawak Dan Lucunya Sahaja
Jangan Ambil Yang Lawak Dan Lucunya Sahaja

Siapa yang tidak suka pada perkara lawak dan lucu. Kata orang boleh hilangkan tekanan. Boleh jadi hiburan jugakan. Tapi, lawak dan lucu yang bagaimana. Lawa dan lucu yang seperti apa yang boleh dirakam kemudian dikongsi dan disebarkan. Ada lawak memang dirancang khas untuk hiburan dan dipersetujui semua pihak yang terlibat. Ada lawak secara spontan atau tidak sengaja berlaku atau dilakukan. Ada lawak yang sebenarnya memang lawak tapi tidak wajar untuk direkod apatah lagi disebar atau dikongsikan di media sosial.

Lawak tapi tidak wajar untuk direkod apatah lagi disebar atau dikongsikan di media sosial. Ini yang sangat banyak sekarang terjadi hingga boleh mengaibkan. Kalau pihak yang merakam dan menyebarkan itu sudah terlebih dahulu minta izin pada pihak sepatutnya itu tidak mengapa, namun jika sebaliknya pernah tak terfikir kesan psikologi yang dihadapi dan dirasai oleh pihak tersebut dan seluruh ahli keluarganya. Perasaan malu dan tertakn. Ada dua kemungkinan. Boleh jadi viral dan boleh jadi menimbulkan banyak konflik juga. Viral ok la. Bayangkan kalau yang timbul konflik, Allahu.

Orang bijak belum tentu sentiasa bertindak bijak. Jangan sentiasa berfikir dan berasa sudah cukup bijak kerana masih ramai lagi orang yang biasa-biasa lebih bijak ketika bertindak.

Sekian
Tinta PC
Jangan Ambil Yang Lawak Dan Lucunya Sahaja


4 comments:

  1. suka juga tengok aksi lawak menghibur hati sesekali

    ReplyDelete
  2. betul, kena mohon sngt parents pantau... skrg ni budak umu setahun pun dah pandai mintak phone

    ReplyDelete
  3. Sebagai parents memang kena ambil tahu apa yang anak-anak kita layari di medsos.
    Kalau tak mampu pantau semua sekurang-kurangnya ambil tahu dan ambil peduli.

    ReplyDelete
  4. kekdg tu enjoy juga tengok lawak kat youtube, tiktok tapi kalau lawak yg berulang mmg rasa diperbodohkan..huhu

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.