Tarik Mood Dan Singkirkan Rasa Mengantuk

TARIK MOOD DAN SINGKIRKAN RASA MENGANTUK. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم. Assalammualaikum wbt. PC menjadi seorang blogger, PC rasa banyak cabarannya. Cabaran selalu ada dalam keadaan apa sekalipun dan dihadapi oleh sesiapa sahaja. Tak kisahlah apa yang dilakukan cabaran sentiasa ada. Itulah hidup. Termasuklah menjadi seorang blogger. Kuat semangat dan rajin inshaAllah boleh terus maju dan berjaya dalam lapangan ini. Dalam kerjaya ini. Dalam apa pun bidang yang dipilih dan diceburi. Mencari rezeki kerana Allah SWT. Asasnya carilah yang berkat, halal dan bersih. Aamiin.

Mengantuk dan mood hanyut. Ini antara yang PC lalui. Selalu hadap dan kena hadam. Ke PC je la yang macam ni. Hehehehe. Kadang baru taip separuh entri dah menguap sampai berair mata. Anak bulu sampai juling tengok umminya menguap tak sudah. Apalah agaknya anak bulu PC cakap dalam hati dia ya. Kalau la anak bulu PC boleh bercakap bahasa manusia mahunya PC ni dibebelkan dengan dia. Hahahaha. "Apalah ummi ni baru taip sikit dah ngantuk je", ha gitu.

Kalau diikutkan rasa malas, mengantuk dan mood ke laut memang bahaya. Bukan untuk seorang blogger sahaja malahan untuk semua orang. Nanti apa pun tak jadi. Aduh. Bahaya sungguh. Kena cepat-cepat tangkis dan lawan. Ingat semula niat asal. Ingat senarai yang panjang berjela yang mahu dicapai. Kena usaha betul-betul ni. Apatah lagi sekarang dalam bulan Ramadan.

Tarik Mood  Dan Singkirkan Rasa Mengantuk

Tarik Mood  Dan Singkirkan Rasa Mengantuk

Kalau tidak dibulan Ramadan, bila mengantuk masa berblog PC makan manisan atau gula-gula Ricola. Tak pun mengunyah apa yang digemari, badam ke, buah epal tak kisahlah epal merah ke hijau ke, kalau ada yogurt pun PC makan juga. Toleh kanan kiri, semua dah selesai buka peti ais ada timun jepun, pun PC makan juga. Termasuklah lobak merah. Kadang tak buat jus PC makan macam tu je. Anggap ini sebagai healthy snack, makanan ringan yang sihat gitulah. Ngantuk hilang perut kenyang. Mmoga tubuh sihat jugalah. Mood pun semakin positif. Aamiin.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Tarik Mood  Dan Singkirkan Rasa Mengantuk
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Wak buka blog kalau ada masa lapang aje.
    Seminggu dapat satu dua entri pun jadilah.

    BalasPadam
  2. Kak Sue nak update entri ikut mood dan masa yang free.. tapi kalau ada job blog tu kena lah gigih siapkan juga walau apapun..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama