Header Ads

Ada Masa-masa Kebuntuan Melanda

ADA MASA-MASA KEBUNTUAN MELANDAبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Bermula daripada kata dasarnya 'buntu' yang bermaksud mati ; jalan, tertutup ; pintu, terhalang dan tersekat ; fikiran. Merasai kebuntuan sering terjadi dan PC hadapi. Buntu nak masak apa, buntu juga kdang tu nak update apa untuk konten blog, buntu nak makan di mana dan makan apa bila keluar rumah sebelum PKP dilaksanakan dan sebelum negara dihadirkan virus seperti setahun kebelakangan ini.

Buntu. Kebuntuan yang datang dan dirasai kadang meresahkan. Awak seorang blogger, bila rasa buntu nak komgsi konten tapi tak ada idea atau bahan, fuhh boleh jadi fikiran juga. Walau perlu di bawa santai supaya tidak tertekan dan senang hati ketika berblog, mahu tidak mahu konten itulah yang menjadi enjin kepada satu-satu blog. Sahabat yang singgah kan nak baca konten yang kita kongsikan. Konten menjadi tunjang sebuah blog. Gaya bahasa dan pengisiannya mainkan peranan penting.

Sama juga kisahnya bila kebuntuan menyerang ketika nak memasak. Untuk dihidangakn kepada keluarga sendiri dan lebih buntu bila ada tetamu yang nak datang ke rumah kita. Adududu. Parah. Kadang bukan main banyak menu tapi tak tahu nak pilih yang mana. Buntu ni bukan boleh dibuat-buat walau ada yang buat-buat untuk elakkan diri daripada buat atau lunaskan kerja yang sepatutnya dia siapakan. Tapi PC kalau boleh tak nak kerap sangat berada dalam situasi kebuntuan kerana tak langsung kita jadi kurang agresif ketika buat kerja atau beraktiviti.

Kita kan manusia biasa. Sangat dekat dengan pelbagai dugaan. Merasai dan menghadapi kebuntuan itu juga salah satu ujian dariNYA juga. Kadang daripada kebuntuan itu kita paksa diri untuk mencari atau lakukan suatu yang baharu juga. Dan jelasnya, cara mudah meredakan atau mengusir kebuntuan adalah dengan ambil masa untuk rehatkan fizikal dan mental.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
 Ada Masa-masa Kebuntuan Melanda

9 comments:

  1. Wak kagun dengan PC
    Tak pernah buntu melahirkan idea penulisan blog.
    Wak kalau takde gambar tak boleh nak cerita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MasyaAllah. Terima kasih wak. Tapi tak dinafikan wak, ada masa PC buntu dan macam lost dengan idea.

      Delete
  2. kadang kadang kalau buntu nak masak.. kite scroll je IG tu.. hehe kadang boleh datang idea :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha betul. Hehehe. Pilih pesan bayar..yeyyy sampai.

      Delete
  3. setuju dgn Wak! sekali tulis panjang2 pgisian..bermadah kdg2 saya sukar nk faham dua kali baca baru smpai :) Tahniah PC!

    saya ni idea ada tp kekangan masa..tp gagahkn juga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. SubhanaAllah. Hakikatnya selalu juga tandung idea PC ni Shida. Terima kasih Shida.

      Delete
  4. buntu taruk nafas pnjg2 n lepaskan heh..heh..

    ReplyDelete
  5. saya selalu kalau buntu, tak berupdate lah blog. huhu

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..