Berakhirnya Sebulan Syawal

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

BERAKHIRNYA SEBULAN SYAWAL.  Alhamdulillah. Ada manisnya. Banyak tersenyumnya. Setiap Syawal ada cerita yang tersendiri. Syawal Tahun lepas begitu ceritanya. Tahun ini begini pula,  walau kita tetap yang sama meraikan tapi berbeza suasananya. 

Keriuhan  kecil semakin hilang dan pudar. Bila masing-masing sudah tidak bersama-sama lagi merai. Masing-masing sudah mula beraktiviti dengan tugas dan tuntutan mencari nafkah juga. Ya, dari tahun lepas lagi suasana jauh berbeza. Yang sentiasa menyatukan hati terus berkasih sayang adalah teknologi. Syukur sangat-sangat. Terpisah jasad namun tidak terputus khabar satu sama lain. 

Berakhirnya sebulan Syawal. Harapnya masih diberi rezeki untuk sama-sama merai bersama insan-insan bererti disekeliling. Kebersamaan itu paling bermakna walau cuma bicara hal remeh yang santai-santai sahaja. Paling penting kualitinya berkumpul itu. 

Terima kasih Allah dan syukur sangat-sangat atas nikmat Syawal ini. Alhamdulillah. 

Berakhirnya Sebulan Syawal
Berakhirnya Sebulan Syawal
Google image

Sekian
Tinta PC 
Berakhirnya sebulan Syawal


14 comments:

  1. Alhamdulillah...
    As singgah sini dan follow.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah dan follow. Alhamdulillah dah follow juga.

      Delete
  2. Alhamdulillah...
    salam perkenalan dari saya
    saya follow blognya yang indah ini
    ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih follow blog ini. Salam ukhuwah juga.

      Delete
  3. Alhamdulillah. sudah selesai puasa sunat 6 syawal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur. Moga ada rezeki tahun akan datang.

      Delete
  4. Semoga kita dapat bertemu lagi ramadan dan syawal berikutnya

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...biar terkurung, masih ada manisnya.

    ReplyDelete
  6. Salam Jumaat dan Salam 30 Syawal 1442H PC.

    Alhamdulillah pasti ada hikmah disebaliknya. Semoga ada rezeki kita bertemu semula Ramadhan dan Syawal akan datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jumaat MrsA. Aamiin. In shaa Allah. Semoga Allah rezekikan untuk kita.

      Delete
  7. Pejam celik pejam celik dahhh habis bulan syawal. Cepat masa berlalu.
    Semoga tahun depan kita masih bertemu bulan ramadhan dan syawal :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Powered by Blogger.