Header Ads

Cerita

CERITA | بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Setiap hari telinga mendengar cerita. Mata melihat dan membaca cerita yang dikongsikan juga oleh sesiapa pun itu. Orang yang kita kenal bercerita. Orang yang tidak kita kenali juga tetap sahaja pun bercerita. Dan, kita sendiri pun ada cerita juga bercerita.

Setiap cerita ada versinya masing-masing. Cara orang ni cerita lain. Orang itu cerita lain. Kita sendiri cerita berbeza. Kadang walau daripada hal atau topik yang sama yang sedang dibahaskan. Tetap sahaja ada perbezaan daripada segi penyampaian dan jalan ceritanya jadi jangan hairan zaman sekarang banyak berlaku suatu hal yang tidak munasabah disebabkan penerimaan maklumat dan cerita yang bermacam versi. 

Rumahtangga, keluarga, kampung, negeri, negara dan negara juga seluruh dunia sekalipun terkadang huru hara dek kerana cerita yang tersebar luas dengan pantasnya. maklumlah sekarang serba serbi hujung jari. Sukar dibendung bila sudah terlajak ke khalayak umum. Sukar di perbetul bilasudah terpasak ianya seperti benar bila telah terasuk dihati dan minda setiap orang.

Mudahnya begini, kalau cerita kanak-kanak ceritalah pada kanak-kanak selaaknya sesuai usia. Jika cerita dewasa sampaikanlah kepada yang dewasa seperti sepatutnya. Letakkan pada tempat dan keperluannya itu sangat-sangat penting. Sampaikan juga jalan cerita yang paling benar. Andai cerita itu lebih banyak membawa kesan tidak baik adalah lebih baik jangan disampaikan. Kalau sebaliknya, memberi banyak kesan positif, ya silalah sebarkan. lagi satu, kalau kita terima cerita kurang baik, sebelum sampaikan cerita itu boleh kita ubah menjadi lebih baik sebelum dikongsikan, mengapa tidak. Apa yang bahaya adalah mereka cerita ikut suka.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Cerita

4 comments:

  1. JOm je la baca cerita kita kat blog hahaha semua pun yang benar2 saja...
    bukan cerita yang bukan-bukan :D

    ReplyDelete
  2. Cerita sekarang banyak versi dan tujuannya
    kena bijak menerima dan menapis cerita

    ReplyDelete
  3. ada cerita yg perlu dirahsiakan

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..