Header Ads

Ambil Kira Arah Yang Lain Juga

AMBIL KIRA ARAH YANG LAIN JUGAبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Kalau kita berdiri di satu tempat. Di tempat yang lapang dan luas. Luas jugalah pandangan kita. Luas seluas mata mampu memandang. Daripada yang berhampiran hinggalah ke suatu titik yang paling jauh semampunya mata memfokus objek tersebut. Dari mana tiupan angin lihatlah dengan segenap apa yang ada disekeliling kita. Pokok-pokok. Atau apa sahaja yang ringan sehingga mampu diterbangkan oleh sang angin yang bertiup. Angin akan berhembus dari banyak arah mengikut sebagaimana yang Penciptanya arahkan. Pada jalannya. Pada landasannya. Kita merasai. Kita tidak dapat melihat angin namun kita boleh merasai dan tahu wujudnya dengan medium lain yang membantu. Menjadi perantara. Dingin atau hangatnya angin boleh dirasai oleh kulit kita. Boleh kita dan sesiapa sahaja nikmati.

Wahai angin, bawalah pesan dan rasa rinduku untuk bonda dan ayahandaku.. sob..sob..sob. Lap air mata.

Terkadang kita sampai terlupa mahu melihat dan memantau banyak arah. Barangkali sudah berada dan berasa selesa cukup dengan satu arah sahaja. Bagus juga. Namun tidak ada salahnya juga sesekali lebih-lebih lagi pada sesetengah situasi dan tempat serta waktu cuba melihat ke arah yang lain biarpun tetap dan masih berada diposisi yang sama. mengapa tidak kan kan kan. Ambil kira arah yang lain juga. Perlukah. Bagi PC perlu. Kalau kita tetap memandang pada satu arah boleh jadi cuma diri kita sendiri yang selesa. Cuma diri sendiri dan keluarga kita lengkap serba serbi. Cuma diri dan keluarga kita yang selamat atau terjamin dalam banyak hal. Bila kita sudah selesa dengan kemampuan dan apa seada dan secukupnya tidak ada ruginya cuba kita pandang dan ambil kira arah yang lain juga.

Ambil Kira Arah Yang Lain Juga

Tajamkan pandangan sebagaimana seekor helang sedang mencari, memantau dan mengesan mangsanya. Terus tuju dengan segera dan cakna pada apa yang sepatutnya. Bila mahu ambil kira daripada banyak arah bererti kita sangat terbuka untuk menerima sebarang pendapat dan kritikan. Ini perlu kalau mahu mmperbetulkan banyak perkara dan memperbaiki banyak kelemahan atau kekurangan yang ada. Tidak semua pendapat atau kritikan itu mahu membunuh dan penuh dengan rasa dengki atau benci. Lihat dari mana dan sudut mana kita pandang dan terima kemudian tafsirkannya. Kalau sudah dari awal beranggapan setiap teguran, nasihat atau kritikan itu ibarat pisau yang menikam atau peluru yang menyerang mahu membunuh, maka semuanya terlihat seperti suatu yang mengeruhkan. Namun jika daripada awal buka pintu hati dan meluaskan mata hati untuk berlapang dada memerima untuk ambil baiknya, makan tidak akan ada rasa sakit hati dan sebagainya.

Kita tidak sentiasa betul dalam membuat keputusan dan bertindak. Ambil kiralah arah lain juga yang berbentuk pandangan dan kritikan daripada orang lain. Sekian.

Tinta Perdu Cinta ❤
Ambil Kira Arah Yang Lain Juga



logoblog

5 ulasan:

  1. Ye betul... kesan pada orang lain juga perlu diambil kira...

    BalasPadam
  2. Kalau arah kita salah
    kembalilah mengorak langkah yang baharu

    BalasPadam
  3. Betul tu kita kena dengar juga pandangan orang lain :)

    BalasPadam
  4. Lebih banyak arah yang kita tuju, lebih banyak yang kita belajar kann?

    BalasPadam
  5. setuju..tak salah pun cuba mendengar, berfikir akibat, kadang apa yang kita tak terfikir, orang lain nampak je..

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..