BERJAYA

BERJAYA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Berjaya. Siapa yang tidak mahu berjaya. Semua orang inginkan kejayaan dalam apa pun yang dilakukan. Syaitan ke iblis ke pun mahu berjaya merosakkan anak cucu Adam. Umat Nabi Muhammad saw. Mereka bersorak bila berjaya merosakkan kita. Walau cuma kejayaan kecil sahaja. Kerana itu janji dan sumpah mereka kan. Apatah lagi kita. Berjaya itu ujian dan nikmat juga.

Berjaya ada banyak versinya. Ada banyak cara untuk capai kejayaan. Asalnya niat. Niat nak berjaya. Disokong dengan usaha, doa dan tawakal. Berjaya yang bagaimana kitA mahukan. Barjaya yang seperti apa kita dambakan sepanjang hidup ini. Kejayaan demi kejayaan sehinga kita berjaya pada tahap selayaknya. Luas pengertian berjaya dalam hidup ini. Sepanjang kita hidup. Tidak hanya satu kejayaan yang berjaya kita raih sebaliknya ada banyak lagi.

Berjaya dalam hal kecil atau hal yang besar tetap sahaja kita berjaya. Berjaya lakukan atas bantuannya juga. Satu hal yang perlu kita jelas adalah berjayanya kita itu landasannya apa. Ya memang berjaya tapi asasnya apa dan bagaimana. Cuma diri kita sendiri yang tahu cara apa yang kita gunakan untuk berjaya itu.

Kalau kita berjaya sakitkan hati orang, buat orang susah dan menangis pun itu berjaya juga tau. Jika kita berjaya merosakkan orang lain pun itu satu kejayaan juga la. Kalau kita berjaya meraih sesuatu tapi dengan cara yang salah, memang berjaya, memang gembira, memang puas hati tapi tidak bertahan lama. Hati dan fikiran sering dihantui rasa bersalah dan berdosa walau pada luarannya biasa-biasa dan nampak gembira ceria macam tak ada apa-apa, sebab berjayanya tidak diberkati oleh Allah swt.

Paling nikmat di dunia ini bila kita berjaya dengan jalan yang betul. Apa sahaja kejayaan yang kita berjaya raih, in sya Allah diberkati. Tak kiralah berjayanya bila kerana garis waktu setiap orang capai kejayaan dan berjaya itu berbeza-beza. Asal dengan jalan yang DIA redha kita selamat. Kita lapang hati dan fikiran. Orang pun akan doakan kita yang baik-baik juga.

Kesimpulannya, BERJAYA yang sebenar adalah nanti kita cuma meraih hasil dan menikmatinya tanpa lakukan apa-apa. Nanti di syurgaNYA. Inilah berjaya yang sebenar-benarnya BERJAYA.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
BERJAYA

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Wkmsalam
    Biarlah kejayaan yang diraih dapat memberi manfaat kepada diri kita dan orang lain

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama