AWAL MUHARRAM 1447H | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. PANAS TERIK. Alhamdulillah. Melangkah ke tahun baharu hijriah 1447. MasyaAllah. Tabarakallah. Lebih nikmat hari pertamanya pada hari Jumaat. Ya Allah. Ramai yang cuti hari ini. Menyambut awal Muharram. SubhanaAllah. Nikmat. Dapat rehat tiga hari terus ya. Manfaatkanlah rezeki masa yang ada ya.
Kalau ditanya dengan anak kecil pun mereka lebih tahu dan berasa seronok dengan sambutan tahun baharu masihi. Lebih warna warni. Kalau PC sendiri pun.. tanyalah anak-anak saudara ke.. anak-anak buah ke.. rasanya setengah hari pun belum tentu habis cerita sambut tahun baharu setiap hujung tahun tu. Cuba tanya sambutan tahun baharu hijriah.. cuti sekolah setiap awal Muharram.. mahu sepatah dua sahaja jawabnya. Silap-silap tak bunyi langsung. Huhuhu. Hihihi. Hahaha.
Mungkin azam bermula nanti mulanya tahun baharu masihi 2026. Namun tidak kurang yang lebih memilih memulai memasuki sahaja tahun baharu hijriah. Terpulang. Pilihan masing-masing juga. Mana yang lebih dirasakan selesa. Asalkan membawa kesan baik bukan pada diri sendiri saja tetapi pada skop yang lebih luas. Aamiin.
Tahun baharu. Lembaran baharu. Mungkin kita yang lama. Namun tidak ada salahnya usaha menjadi manusia yang lebih baik. Hidup dengan versi yang lebih memikirkan akhirat pula. Bukan bermakna menyisihkan dunia tetapi jangan terlalu meletakan dunia di hadapan atau di atas. Dulu.. dululah. Sekarang bangkit menjadi lebih baik. Selamat tahun baharu hijriah. Maaf zahir batin.
NOTA PC : musim durian dan manggis nampaknya ni..
Tags:
Santai Peribadi
Salam Maal Hijrah.
BalasPadamDalam maal hijrah 1447
BalasPadamSalam maal hijrah..azam yang baik-baik ya
BalasPadamSalam Maal Hijrah
BalasPadamSalam Maal Hijrah, ye. Semoga kita dapat istiqomah perbaiki diri kita menjadi lebih baik. Aminn...
BalasPadamSuch a beautifully written reflection! The Islamic New Year is a perfect time for self-improvement and spiritual renewal. May 1447H bring peace and blessings to everyone. 🌙 If you’d like to preserve your special memories in better quality this year, you can try Remini/— an AI-powered app that enhances your photos with stunning clarity.
BalasPadamSelamat Tahun Baru, moga tahun ini membawa lebih seribu kemanisan
BalasPadam