Header Ads

About Me

Bissmillah..
Assalammualaikum..

Kenapa memilih PeRdU cINta sebagai nama blog? 

PeRdU itu pangkal(akar).. cINta itu rasa yang semua orang ada hidupnya dijiwa. Semuanya bermula daripada JIWA(HATI)..betul HATI in sha Allah lurus laluannya. Amin Akar cinta..atau asas cinta..Allah SWT dan Rasul kita Nabi Muhammad SAW.Kita adalah duta kepada Agama Islam. 

Mengenggam satu rumpun rasa. Utamakan yang pertama, rasa cinta pada Allah swt dan RasulNYA. Satu rumpun rasa yang mesti dijaga sebelum disebar kepada yang selayaknya sesama insan dan makhluk.Perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain. Diluahkan melalui perasaan, kelakuan, pemikiran, persepsi dan sikap serta pendapat.Dalam cinta ada suatu ketulusan perasaan yang membuatkan manusia rasa gembira, sedih, rasa keyakinan, rasa dimiliki, dan sebagainya diterjemah menjadi satu konten bermanfaat untuk dikongsikan. Cinta juga salah satu cabang rasa cinta justeru terciptalah blog ini atas nama PERDU CINTA yang merangkumi gaya hidup (Lifestyle) dan peribadi (Personal)


Jua Azura? 

Jua gelaran sedari zaman rebina lagi..sampailah sekarang..dikalangan keluarga terutmanya. Azura merupakan sebahagian nama seperti dalam kad pengenalan..hehe..kenangan zaman ribena tidak mudah untuk dibiar berlalu dan disia-siakan..kombinasi Jua Azura..ringkas dan padat.. 

Asal? 

 Jua Azura (PeRdU cINta/PC) berasal dari Batu Pahat Johor. Buat saat dan ketika ini dek kerana tuntutan tugas suami dalam tempoh tertentu kami sewajarnya berpindah tempat kediaman mengikut arahan.Jauh perjalanan bertambahnya pengalaman.Alhamdulillah. Mula melibatkan diri dalam dunia blogger ini pada tahun 2012. 
 
Sekian.

Indah pada waktunya

Aku.. Cuma tanah bernyawa