BERALIH KE BULAN JULAI PULA

BERALIH KE BULAN JULAI PULA | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. ALHAMDULILLAH. Selesai 30 hari dibulan Jun. MasyaAllah. Bersyukur masih dihidupkan. Kenapa mesti bersyukur?.. tidak semua berpeluang hidup hingga detik ini. Jadi memang kena bersyukur sangat-sangat ya.

BERALIH KE BULAN JULAI PULA

Kematian yang berturut-turut. Mati memang pasti. Setiap yang bernyawa tentu berhujung mati. Bezanya terikh, masa dan asbabnya sahaja. Tiada kebetulan. Semua telah Allah swt susun. Oleh kerana kita ni tidak tahu maka begitu begini pandangan yang dilontarkan. Sepanjang Jun.. di kampung PC ni berturut-turut kematian dengan jarak yang hampir pada setiap kematian. Bukan cuma sekarang.. tapi daripada dulu lagi. PC ingat.. masa PC kecil lagi pernah di kampung PC ni dalam sebulan cecah 5 hingga 6 orang meninggal dengan pelbagai asbab. Tahun lepas pun berlaku lagi. 

Fikir yang bukan-bukan. Nama pun manusiakan. Bila satu per satu kematian dalam jarak dekat.. kadang jadi seram sendiri. Entah-entah esok lusa giliran akulah pulak. Ya Allah. Paranoid tu ada ya. Negatif sungguh. Hari ini ada lagi seorang yang meninggal. Biasalah bila ada kematian akan segera disebar melalui WhatsApp kampung. En suami maklumkan pada babah.. sebut nama.. babah terpingga-pingga. Sebab babah kata hari Sabtu lepas babah jumpa bersembang. Takkan dia yang meninggal. Babah tak puas hati, telefon la kenalan ngeteh.. yup betul. Sah. Terkedu babah. 

Menerima berita kematian orang yang kita tahu dia sememangnya sudah atau sedang sakit.. dengan menerima berita kematian mengejut (tahu tidak sakit) lain. Memang lain. Momentumnya berbeza ya. PC tengok babah terkejut. Sungguh!. Tapi itulah dia hakikat. Mati ni anytime anywhere.

Kita beli tiket bas atau tiket kapal terbang.. kita tahu waktu bas nak bertolak.. waktu kapal terbang nak berlepas.. kita tunggu itu pun kadang delay sehingga beberapa waktu. Bila sudah di perjalanan pun kita tidak tahu apa akan terjadi seterusnya. Betul tak?. Begitu juga ibarat kehidupan yang kita jalani setiap hati. Segalanya mungkin terjadi walau kita berada dalam situasi tidak bersedia.

Sekian.

NOTA PC : banyak peringatan

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Semoga bulan baru akan bertambah semangat baru

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah berkunjung ke blog ini lagi.Salam kunjungan semoga bulan baru merahmati kita semua..buat amalan yang baik baik bekalan ke akhirat sana

    BalasPadam
  3. jangan kata baru berborak minggu lepas, ada yang pagi tadi elok je bergurau senda tau-tau petang dah tiada. begitulah...janji Allah itu pasti

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama