SATU KELUARGA SATU PAKEJ

SATU KELUARGA SATU PAKEJ | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. KEGILAAN YANG TERSENDIRI. KEGILAAN APA?. Apa sahaja cuma ahli keluarga itu sahaja yang tahu dan saling memahami.

Senario.
Mood gurau; Anak dan ibunya
"Aku dah amikkan ni, kau jangan tak makan. Kalau kau tak makan.. tak habiskan balik jalan kaki.. ".. kata si anak.

"Halah, macam la aku tak tau rumah aku kat mana.. kau pun kena makan juga.. kalau tak masuk rumah lalu tingkap..".. kata si ibu.

*dua beranak ni pun sama-sama ketawa*
Macam tak ada apa yang berlaku. Sembang kawan-kawan gitulah kaedahnya.

Baiklah. Mari beranggapan atau berpendapat atau lebih lazim mengata mengumpat. Lain orang lain penerimaannya. Sebab itulah ada yang sama-sama ketawa. Ada yang serius. Ada yang pilih "lantaklah situ". Ada yang bahaya. Bahayanya apa?..

SATU KELUARGA SATU PAKEJ

SATU KELUARGA SATU PAKEJ
Selera tidak sama

Orang yang suka mencari salah dan aib. Orang yang tidak biasa. Macam PC cakap tadi.. penerimaan orang tidak sama. Tanggapan pertama adalah "biadap betul anak dengan ibunya". Tapi tidak bagi PC.. kerana PC selalu percaya setiap keluarga ni akan ada cara dan acuan masing-masing. Kalau kita perhati.. satu demi satu keluarga, akan ada cara dan watak masing-masing. Pakcik yang A gini. Makcik yang B gitu. Ada yang keluarganya happy go lucky dan sporting sungguh-sungguh. Ada yang senyap je.. bersuara bila betul-betul perlu. Kategori sopan santun la.

Bila ada keluarga yang suka cakap lepas ni berkumpul dengan orang lain dan diperlihatkan perangainya.. tentunya dicap biadap. Kasar dan sebagainya yang tidak sedap didengari. Biadap bagi kita tapi sedangkan keluarga mereka "saling".. kita pun tak boleh kata apa. Mama selalu pasan.. "bila nampak atau dengar sesuatu jangan cepat menilai". Kita sendiri pun bila-bila masa boleh tersalah itu ini. Nanti orang lain pula menilai kita begitu begini. Mesti rasa tak selesakan..

Tidak semua orang terus berada dalam keburukan. Kalau sedang berada dalam kebaikan pun bukanlah bererti tidak ada potensi untuk buat salah. Tidak perlu menjadi juri untuk keluarga orang lain. Lebih baik tambah baik kurang diri dan keluarga sendiri. Hidup bukanlah lama sangat. Baik gandakan ibadah daripada nanti diakhirat kerjanya gunting lidah sendiri. Nauzubillah. 

NOTA PC : redha dengan cara masing-masing.. orang lain tidak perlu lebih sudu daripada kuah..

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Betul tu, jangan menilai seseorang terlalu awal.

    BalasPadam
  2. ye betul. tak boleh menilai orang sekali lalu je

    BalasPadam
  3. Lain orang lain cara penerimaannya, sebab tu kita jangan sesuka hati menilai orang lain tanpa kita kenal dulu dia tu siapa atau bagaimana.

    BalasPadam
  4. Such a heartwarming post—family packages like this really remind us how valuable togetherness is. Whether it's sharing a meal or special moments, little things matter. If you're looking for a flavorful way to enjoy time with loved ones, View the full Firehouse Subs menu for tasty subs that everyone can enjoy!

    BalasPadam
  5. Great article! Your insights on creating a truly highlight how quality time with family can be both enjoyable and cost-effective. On a related note, if you and your loved ones are looking for an entertaining streaming solution to complement your family time, consider checking out this amazing resource: Download PPCine Apk. It’s a great way to bring a variety of movies and TV shows right to your fingertips, making your family package complete with endless entertainment!

    BalasPadam
  6. This “One Family, One Package” concept is such a thoughtful initiative! It’s always inspiring to see programs that bring families closer together and promote unity. If you enjoy content that celebrates lifestyle and togetherness, you might also like to visit Surviving Summer — we share stories and tips about surfing, beach life, and making the most of the sunny season.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama