SENTIASA SUDI BERBUAH

SENTIASA SUDI BERBUAH | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  Hampir 20 tahun usia pokok cempedak ni. Babah dengan mama beli anak benih di pasar tani. Kalau tak silap PC babah mama tanam pokok cempedak ni ada sempena tarikh tertentu cuma PC dah lupa.

SENTIASA SUDI BERBUAH

SENTIASA SUDI BERBUAH
Dapat tengok je pun satu nikmat dan rezeki. Alhamdulillah 

Pokok cempedak ni masih kecil pun sudah rajin berbuah. Setiap kali berbuah tidak kurang 50 biji. Sampailah sekarang. Elok. Cantik. Tak berbungkus pun. Alhamdulillah tidak disengat serangga. 

Rezeki. Benarlah.. rezeki kita, apa yang masuk ke mulut sehinggalah telan masuk ke perut. Itu rezeki. Kadang rezeki juga.. tapi rezeki tengok sahaja. Harap maklumlah.

Terima kasih Allah. Terima kasih pokok cempedak kerana sentiasa sudi berbuah.

NOTA PC : tanam ubi kena cabut dengan lotong.. huhuhu..

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama