Benar-benar Bahagia Itu Apabila..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

BENAR-BENAR BAHAGIA ITU APABILA.. || Persepsi orang lain-lain.Betul tak.Kalau letak satu barang susun 4..5 orang..minta mereka buat tafsiran pada barang tersebut..pasti 4..5 versi kita boleh dengar.Kalau setiap pandangan dan citarasa orang itu sama..tiadalah kritikan..tiadalah viral di sana sini..tidalah kutukan..cemuhan dan kata mengata di mana-mana.Mengapa begitu..ya kerana mereka atau diri kita sendiri berasa bahagia melakukan apa yang dirasakan memberi kebahagiaan.Berbahagialah semua kerana Allah masih lagi menghidupkan kita pada hari ini..saat ini..alhamdulillah.Salam Jumaat semua.. 😁

Mempesona.Siapa yang tidak terpesona dengan indahnya dunia.Sangat indah.Bukan salah dunia kalau kita sendiri hanyut di dalamnya,kerana dunia ini sememangnya gelanggan untuk kita menjalani ujian dan penilaian bagi kehidupan yang kekal di akhirat kelak.Memperdaya,diperdaya dan terpedaya itu mainan dan rencahnya.Siapa yang kental iman dijiwanya insyaAllah molek-molek sahaja..jika dirasakan ada lubang di mana-mana..jauhi dan berpaut dan bernaunglah pada madrasah yang boleh menarik dan mendekatkan kita pada Pencipta.

Benar-benar bahagia itu apabila..

Surah Al Qamar ayat 54
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga (yang indah) dan (dekat) beberapa sungai,
Surah Al Qamar ayat 55
Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendakNya.

Surah Al Qamar | Ayat 54 dan 55

Kerdil.Sedangkan terpercik setitik minyak panas pun kita sudah menjerit.Terjirus air panas apatah lagi..membuatkan kita menangis menahan pedih..justeru itu..mampukah kita untuk menjadi bakaran dalam api yang menjulang-julang maraknya..subhanAllah..sungguh kita tidak mampu..sungguh-sungguh tidak berdaya..Allah,bantulah kami untuk menjadi penghuni syurgaMU..lancarkan lintasan kami di titianMU.Bratkan timbangan pahala kami.Kurniakanlah rahmatMU kelak..ameen..ameen..ameen.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

24 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. InsyaAllah.... Jika kita berusaha mencapai apa yang dikehendaki sebagai hamba, InsyaAllah ada harapan kebahagiaan di akhirat nanti... Amin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ameen..ameen..ameen...insyaAllah..moga apa sahaja kebaikkan yang kita lakukan Allah terima...menjadi tiket untuk kita mudah di sana kelak..

      Padam
  2. Sedangkan dua mata dan satu hati Allah bagi sama buat kita semua tapi bila membuat penilaian setiap kita tak sama kan. Mungkin ada yg kata dia kebal dgn hamburan api panas atau berjalan di atas bara tapi panas api neraka Allah tidak ada tolok bandingnya yg semua kita tak tahu lagi. Gambaran sudah diberikan - oleh itu semampu boleh buat yg disuruh tiggal yg dilarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak...harap sangat diri sendiri tahu beza baik buruk..dan harap sangat juga semua bijak memilih jalan2 dan lorong2 yang mendekatkan pada DIA sentiasa..

      Padam
  3. bahagia itu subjektif sebab rezeki yang Allah bagi berbeza-beza. Yang penting kita bersyuku

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rezeki,bahagia,cantik sangat subjektif...betul..yg utama syukur dengan percakapan,perbuatan dan hati.

      Padam
  4. Allahu Akbar sungguh mendalam sekali makna kata-kata kak PC..

    BalasPadam
  5. Bahagia itu subjektif sifatnya bergantung kepada individu itu sendiri.



    BalasPadam
  6. Kita manusia hanyalah insan yang kerdil. Tidak ada apa2 melainkan dgn pertolongan dan izin Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Ana..kita sekadar pelaku dan perantara..semua dengan kehendak dan izinNYA.

      Padam
  7. kita ditempat di peringgahan dunia ini untuk kutip pahala sebanyak yg mungkin.. bertujuan untuk mencapai bahagian yang sebenar di akhirat kelak. insyaAllah kita semua di kalangan orang-orang beriman dan bakal ditempatkan di syurga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ameen..betul tu...selagi mana kita tidak menduakanNYA selagi itu kita akan tetap ke syurga pada hujungnya.Moga setiap kebaikkan yang kita buat..pahala itu dapat membantu kita agar tidak terjerumus ke lembah azab.

      Padam
  8. sesungguhnya Syurga adalah tempat paling bahagia.. <3

    BalasPadam
  9. Subhanallah, terima kasih kata ingatan. Bahagia dunia macam teaser je, bahagia sebenar di akhirat kelak. Hidup cuma satu persinggahan mencari tiket ke syurga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...akhirat matlamat akhir..untuk kita semua..bagaimana wajah kita kelak usahakan daripada dunia lagi..

      Padam
  10. Betul tu raihanah..penilaian masing2.

    BalasPadam
  11. Bila hati tenang nak beribadah pun lapang fikiran kan cikgu AK.

    BalasPadam
  12. Wkmsalam.
    Marilah kita kejar bahagia di dunia
    dan mohon bahagia di akhirat.

    BalasPadam
  13. mudah-mudahan kita menjadi hamba yang dirahmati untuk menikmati syurganya nanti

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama