KATAK PUN PANDAI BUAT SILAP MATA | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. KADANG BUKAN SEBAB TAKUT TAPI GELI. Kalau menjerit tu sebab terkejut biasanya.
Toleh kanan. Toleh kiri. Line clear ni. Teruslah menyapu. Sebelah tangan hayun penyapu lidi. Sebelah tangan sangkut dipunggung. Boleh bayangkan tak.. gaya orang tua. Sebab memang dah tua pun. Kata babah gaya mama menurun kat anaknya. Hahaha. Luar sedar. Spontan.
Tapi ini kisahnya menyapu sampah di rumah mertua. Oleh kerana pernah nampak ada katak dalam pasu bunga. Jadi setiap kali nak menyapu intai-intai dulu. Tapi entah kali ini lain pula.
Syok menyapu. Selesai. Lega. Sambung buat kerja lain pulak. Masa nak masuk dalam rumah tu.. ya Allah.. KATAKKKKKKKKK??!!!!!!!. Punyalah PC terkejut. Padahal dari tadi ulang alik keluar masuk pintu anjung rumah. Bila masa dia manjat. Kejam mata pulaknya. Tidur la tu dia. PC rasa gelap mata. Alhamdulillah tak pengsan. Baru lepas hujan. Sejuk. Syok dia tidur.
Alhamdulillah dia tak buka mata melompat pada PC. Kalau tidak.. hurmmmm. Ada yang terkencing terberak dalam seluar tak pasal-pasal. Nauzubillah. Kata albino ke apa ni. Ya Allah.
NOTA PC : hidup berdampingan tapi menyeramkan..

errr kalau la dia melompat ke arah kita..eiii seram kan?
BalasPadamKalo saya jumpa pun...mau larikkk....
BalasPadamPandai dia naik kat situ kan..mita diselamatkan tu..
BalasPadam