REJAB SYAABAN RAMADAN

REJAB SYAABAN RAMADAN | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah. Masuk bulan Rejab dah kita. Rasa macam sekejap je. Sudah melangkah semula ke bulan Rejab 1447H pula. MasyaAllah. SubhanaAllah. Aura Ramadan semakin dekat sebenarnya.

REJAB SYAABAN RAMADAN

Dulu bila masuk Rejab saja mama mula sibuk ingatkan PC.. "anak mama dah qada puasa belum".. sebelum-sebelum tu pun dah ingatkan juga tapi akan lebih kerap ingatkan bila masuk bulan Rejab. Bila masuk sahaja Rejab akan sangat pantas melangkah ke Ramadan. Sekarang pun sudah mula tahlil di mana-mana. Meriah sungguh. Alhamdulillah. 

Mana yang telah selesai qada puasa.. alhamdulillah. Boleh la puasa sunat pula. Santai. Latih perut. Perlahan-lahan lentur nafsu. Biar terbiasa dan tidak terkejut. Aamiin. InsyaAllah boleh. 

Sekarang ni, kalau sebut mati.. tidak lagi kira tua. Bayi baru lahir pun boleh Allah swt ambil semula. Tidak kira usia pun sebenarnya. Cuma cara, masa dan tempat serta asbab berbeza.

Rejab. Syaaban. Ramadan. Isi setiap detik dengan hal yang berfaedah. Tidak gah tidak mengapa asalkan berterusan hingga nafas yang diizin. Jangan patah semangat. Jangan luntur niat. Pandang depan. Lurus. Dengan nama Allah dan kerana Allah. 

Wahai Allah.. permudahkan urusan ibadah hamba-hamba-MU di dunia ini. Semoga nikmat manisnya ibadah dapat hamba-hamba-MU ini nikmati di akhirat kelak. Aamiin.

NOTA PC : meriah promosi baju raya..



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama