ADA REZEKI LAGI | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. SANTAI PAGI. Pusing keliling rumah babah. Nyaman. Inilah tanah dan rumah tempat PC dibesarkan. Air tangan babah. Air tangan mama. Semuanya jelas. Sangat-sangat jelas. Lihat sahaja di sudut yang mana tentu ada kenangan dan ceritanya. Allahuakbar. Alhamdulillah.
Waktu PC kecil rajin babah mama tanam pokok buah-buahan. Katanya untuk anak, keluarga, saudara mara makan satu masa kelak. Lebih, sedekahkan. Betul sangat-sangat. Meniti usia PC menjadi saksi air tangan babah dan mama memang berhasil. SubhanaAllah. Mama sempat menikmati. Alhamdulillah.
Pokok-pokok keliling rumah ni alhamdulillah Allah izin berbuah. Cuma kadang bukan rezeki yang menanam tapi rezeki binatang yang ada. Kadang tu memang ada rasa marah, tapi bila fikir semula memang dah disusun rezeki kita ni bagaimana. Sambil siram pokok-pokok dalam pasu hati rasa bersyukur. Bila ada nampak putik di dahan-dahan pokok. Pulasan ada sikit-sikit. Jambu air ada sikit-sikit. Tak pe la sikit-sikit pun alhamdulillah juga.
Ada rezeki lagi. Selagi kita hidup itu bermakna masih ada rezeki untuk kita lagi. Mati disebabkan memang waktunya ajal. Mati juga disebabkan bahagian rezeki untuk kita sudah tidak ada. Bernyawa itu sendiri pun adalah rezeki untuk manusia dan makhluk. Alhamdulillah.
Alhamdulillah ada rezeki lagi umur untuk PC. Syukur atas nikmat umur yang dipinjamkan. Bertambah lagi setahun. Bertambah lagi usaha untuk jadi lebih baik. Bertambah usia bererti semakin menjauh dari dunia ini. Sedar atau tidak semakin menghampiri jalan pulang. Allahuakbar. Syukur.
NOTA PC : doakan PC istiqhomah di landasan kebaikkan ya.. selesai 31 hari .. hi FEBRUARI
Tags:
Santai Peribadi


Alhamdulillah...masih ada rezeki...syukur nikmat kan..
BalasPadam