ISRAK MIKRAJ 1447H 2026M | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. ISRAK MIKRAJ. Satu perjalanan indah Nabi Muhammad saw. Menembusi langit ketujuh. Sehingga baginda diizin olehNya melihat pokok Sidratul Muntaha -pokok bidara suci yang menandakan batas tertinggi alam makhluk di langit ketujuh, tempat pengetahuan malaikat berakhir dan hanya Nabi Muhammad SAW yang dibenarkan melewatinya semasa Israk dan Mikraj, menjadi simbol kemuliaan Rasulullah dan sempadan akhir ciptaan Tuhan, dengan ciri-ciri seperti naungan panjang dan rasa serta bau yang wangiMalaikat Jibril yang bawa Nabi pun tidak melepasi langit ketujuh tersebut.
![]() |
| SATU PERISTIWA PENUH MAKNA ISRAK DAN MIKRAJ |
50 waktu solat menjadi 5 waktu sahaja. Nabi Musa menjadi perantaranya. 5 waktu pun ronggak-ronggak.. bayangkan kalau waktu solat kekal 50 waktu. Ya Allah. Syukur sangat-sangat. Sebut mudah. Ringan dan ringkas pada telinga dan mulut tapi berat pada perbuatan. Akan Allah swt sibukkan kita dengan urusan duniawi. Lebih-lebih lagi bila mula istiqhomah cukupkan lima waktu. Tapi bila betul-betul jaga solat, insyaAllah dengan sendirinya urusan dunia yang kita rasa berat dan penting pun akan ditinggalkan seketika untuk solat terlebih dulu.
Macam angin lalu bila sebut solat. Tak solat dosa. Masuk neraka. Inilah yang biasa didengari dari kecil. Cara mak ayah..cikgu-cikgu.. terangkan tentang pentingnya solat sebelum dijelaskan lebih dalam lagi. Ada yang ikut. Ada yang masuk telinga kiri eh mantul semula tak lintas kat otak pun.. macam mana. Banyak main.. tapi melalui peristiwa Israk Mikraj ini, Nabi sendiri diberi oleh Allah swt melihat neraka.. dan ramai penghuninya nanti kaum wanita.. gerun jadinya. Bukan la bermakna yang lelaki boleh wat let wat santai je.. PC rasa pelik bila ramai lelaki pilih menjadi perempuan. Takkan nak tambah lagi ahli neraka. Jangan. Nauzubillah.
Nabi Muhammad saw penutup semua para Nabi dan Rasul. Semua wahyu yang diterima membetulkan apa yang salah dan salah difahami umat terdahulu. Bersyukurlah hadis ada.. Al Quran ada sebagai garis panduan kita semua. Teguran dah ada. Nasihat dah ada.. jangan keras kepala. Jangan keras hati untuk berubah.
NOTA PC : berakhir Rejab. Selamat datang Syaaban..
Tags:
Santai Peribadi

Subahanallah, terima kasih ilmu pengetahuan ini ya...sangat hebat,,hati dan jiwa terisi dengan rendah hati
BalasPadamBetul sangat tu..5 waktu pun, Allahuakbar... Kalau 50 waktu .tak tau lah macam mana . Semoga terus istiqamah..
BalasPadam