JAMBU BOL BUAT JIWA KACAU

JAMBU BOL BUAT JIWA KACAU |  Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. REZEKI MEMANG TELAH DITETAPKAN. KALAU BERANGGAPAN DAPAT REZEKI KERANA USAHA SENDIRI.. sebenarnya yang melorongkan, memudahkan, menggerakkan dan dapat semua dari-NYA. 

PC masak di dapur.
Babah beristiehat dianjung.
Tiba-tiba ada bunyi enjin kereta.
Siapa la pulaknya..

Faraid.. faraid
Hibah.. hibah
Asobah.. asobah

Pulak. Hampir tengahari ada orang datang nak bagi harta ni.. biar betul. Berkata-kata PC dalam hati. 

Rupa-rupanya anak saudara babah datang nak sedekah buah jambu bol. Ya Allah. Hahaha.. bukan main bersemangat. Baru petik katanya. Segar. Memang segar pun..

JAMBU BOL BUAT JIWA KACAU
Memang padu rasanya

JAMBU BOL BUAT JIWA KACAU
JAMBU BOL MENAWAN KALBU

Bukan cuma babah je diberi.. semua kawan-kawan surau.. jiran tetangga pun diberi. Rasa-rasa katanya.

JAMBU BOL BUAT JIWA KACAU. Tengok saiznya yang montel-montel. Warnanya jangan cakap la.. merah menyala. Ya Allah.  PC baik-baik goreng ikan terus berhenti dululah. Terliur punya pasal. Katanya manis-manis masam. Apa lagi.. PC ambil paling besar.. basuh laju-laju..belah, ngapp. Lembut, gebu, tebal.. berjus.. tapiiiiii.. rasa hilang nyawa.. bukan manis-manis masam.. masam masam masam masam barulah manis sikit. Walau begitu, PC suka sebab macam syok pula. Kalau makan dengan asam lagi sedap ni.

Pelawa juga babah.. babah ambil sikit je.  Sebab dah tau katanya.. "masamkan?...". Masam-masam pun mana yang PC potong tu selesai juga. Habiss. Alhamdulillah. Pada syok makan. Terlintas juga dalam hati.. apa agaknya khasiat Jambu Bol ni ya?.

Banyak khasiatnya. Mencegah diabetes, lancarkan sistem pencernaan, merawat ulser, meningkatkan daya tahan tubuh, menguatkan tulang, mencantikan kulit dan lainnya. Cuma mencabar juga nak makan. Masam tidak semesti mudarat. Manis belum tentu nikmat.

NOTA PC : lama tak makan buah rambai

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama