MULA-MULA MANIS BERTUKAR MASAM

MULA-MULA MANIS BERTUKAR MASAM | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Hujan tapi alhamdulillah tidak lagi sampai tahap banjir. Syukur. Bila musim hujan, mudah untuk menghidupkan anak benih dan pokok-pokok. Sentiasa segar. Jimat air juga. Kurang nak kena siram. Lebih-lebih lagi anak pokok yang baru disemai dan ditanam.

Mertua PC pun dah mula semai biji cili. Memang daripada dulu mertua PC suka tanam pokok cili. Ada beberapa jenis. Alhamdulillah. Kalau suruh PC yang teka memang tak tahu jenisnya. Nnti tunggu la dah berbuah.. haaaa. Tapi kalau mertua PC mereka tau bezakan. Tengok bentuk dan warna daun pun mereka tahu jenisnya.

Ada banyak ni. Satu pasu penuh. Bila tengok macam ni rasa seronok sangat. Allah swt yang menghidupkan. Alhamdulillah. Macam biasa, semua ada risiko. Mahu tidak mahu kena hadap dengan reda. Walau kadang remuk hati. Gitu.

Seronok mertua. Batas dan lubang dah disediakan. Tersusun rapi. Cantik dan kemas. Tanah bakar dan baja pun dah ada. Tunggu masa sahaja katanya. Aamiin.

MULA-MULA MANIS BERTUKAR MASAM. Ada rasa sedih. Ada rasa lucu. Nano-nano sungguhlah. Ya Allah. Tiga pasu semaian manis. Pasu keempat eh masam pulaknya. Dugaan sungguhlah. Bertabahlah wahai hati.

MULA-MULA MANIS BERTUKAR MASAM
Alhamdulillah cantik

MULA-MULA MANIS BERTUKAR MASAM
Syukur daun terus melebar

MULA-MULA MANIS BERTUKAR MASAM
MasyaAllah ni jenis berbeza daripada yang atas

MULA-MULA MANIS BERTUKAR MASAM
Innalillah. [Istighfar]. Pasu semaian keempat kena serang.. tikus atau siput.. 

NOTA PC : cabaran sentiasa ada

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama