CAHAYA RAMADAN DAN JIWA YANG MERINDU
Assalammualaikum wbt
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Hujan masih lagi turun
Sekejap deras
Sekejap perlahan
Langit tetap sarat
Hitam gelap
Mungkin hujan belum mahu berakhir
Ramadan tiba
Disambut dengan hangat namun;
Dalam kedinginan yang mencengkam
Dingin hujan
Tidak menghapus ghairah Ramadan
Namun;
Ada yang kurang
Ada yang kosong
Ada yang hambar
Bukan pada tempat
Tapi dalam jiwa dan fikiran
Sarat dengan rasa yang sukar diterjemah
Tapi dirasai hingga menyesakkan
Sangat berat
Mengheret jiwa
Mengheret raga
Tidak bertangguh lama
Lantas menyantuni
Bicara kita tetap sama
Seorang anak kepada seorang mamanya
Cuma balasan kata sudah tidak kedengaran
Yakin suara indah menyahut itu ada!
Ya, ada!.. sentiasa
Bicara lagi dan lagi
Gerimis mengiringi
Tidak terasa basah rintik hujan
Seolah tiada apa yang terjadi
..yang lebih basah kelopak mata
Air mata mengalir lebih deras
..seperti dari awal mula tidak pernah habis
Rasa rindu yang lebih besar
Rasa sedih yang lebih dalam
Rasa kosong yang lebih luas
Ramadan kembali
Mama yang sudah pergi untuk pulang
ke tempat asal yang jauh berbeza
Untuk hidup kekal
Mama;
Semoga ada pahala yang tetap mengalir
untukmu dari puasa-puasa yang anakmu lunasi
.. sampai nanti bertemu bersatu
NOTA PC : Salam Ramadan. Maaf zahir batin
Tags:
Santai Peribadi
