FEBRUARI DAN RAMADAN

FEBRUARI DAN RAMADAN | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. YA, SUDAH BERADA DIBULAN FEBRUARI. BULAN RAMADAN JUGA AKAN BERMULA DIBULAN FEBRUARI INI. Panas terik. Minggu lepas, hari Jumaat di masjid-masjid mengadakan solat sunat hajat mohon diturunkan hujan. Memang hujan turun selebat-lebatnya. Ada guruh. Berdesup PC angkat kain di ampaian. Pun ada yang basah. Hujan tanpa isyarat. Laju jantung.

Melepasi hari kesepuluh dibulan Februari. MasyaAllah. Beberapa hari lepas babah pergi ke klinik kesihatan rutin pemeriksaan kesihatan. InsyaAllah nanti bulan Julai pergi lagi jumpa doktor. Jeda bulan cuma rutin ambil ubat seperti biasa setiap bulan. Ramai kata babah, tu yang balik pun lewat tengahari. Alhamdulillah sebelum tahun baru Cina dan sebelum Ramadan.

FEBRUARI DAN RAMADAN

Ramadan. Ya. Ramadan kian mendekat. Separuh Februari telah berlalu.  Kurang seminggu umat Islam bakal menjalani ibadah puasa. Menyempurnakan rukun Islam ketiga. Sekarang ni mungkin masih ada yang qada puasa yang tertinggal tahun sudah. InsyaAllah masih boleh da sempat. 

Panas semakin terik. Teriknya lain macam. Memang panas dan berbahangnya matahari semakin lama semakin perit. Sungguh!. Petang, keluar rumah sekejap je pun.. eh berbelang muka dan tangan.. hehe. Nampak tak. Bila anak buah balik kampung siap tegur lagi.. ummi ni macam pegi sekolah.. muka ummi belang.. Hahaha..  perhhhh.. terus teringat zaman muda remaja belia yang ketika itu musim bollywood punya pukul.. aduhh.. kadang bila ke sekolah, gosipnya pasal bollywood saja. Tak senonoh betul.

Mana perangai tak senonoh, inilah masanya. Masa untuk berubah jadi lebih baik.. hari biasa.. apatah lagi dibulan Ramadan kan.. boleh acuankan
semula zahir batin. Sebulan memang tidak cukup untuk terus berubah.. jadikan Ramadan madrasah pertama untuk bermula langkah menuju kebaikkan.. InsyaAllah boleh. 

NOTA PC : tahlil arwah perdana sana sini bakal berakhir..

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama