PATAH DUA SAYAP TIDAK TERGANTI | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. SYUKUR RAMADAN SUDAH pun selesai diminggu pertama. Rezeki kitalah kan masih Allah swt izin menjalani ibadah puasa dibulan Ramadan 1447H. Hingga Ramadan keberapa. Hingga bila.. semua rahsia Allah swt.
Sebelum Ramadan tiga orang kampung PC meninggal.. pergi kembali kepada Pencipta dengan asbab yang berbeza-beza. Ketiga-tiganya lelaki. Jarak yang sangat dekat. Allahu. Buat PC rasa sangat bersyukur masih diberi rezeki menjalani ibadah puasa lagi tahun ini.
Babah kata.. "hidup ni sebenarnya mewah dengan rahsia dari-NYA.. semua bergantung pada bahagian rezeki masing-masing..". PC termenung. Betapa sedihnya ahli keluarga disaat Ramadan menjelma ada ahli keluarga yang tiada.. PC dah rasa sakitnya luar biasa. SubhanaAllah.
PATAH DUA SAYAP TIDAK TERGANTI.
Mak ayah bagai sepasang sayap
Untuk anak-anaknya
Tiada satu
Tiada dua-dua
Bagai;
Patah dua sayap tidak terganti
Sebelum Ramadan. Ramadan. Syawal. Pusara-pusara ini menjadi tempat mesti didatangi. Rutin kami.. babah, PC dan encik suami. Dulu babah, mama, encik suami dan PC. Sekarang berbeza. Tanah perkuburan yang sama tapi rasa yang sangat-sangat berbeza.
Ini pengalaman PC. Lain orang lain. Dulu dengar babah dan mama cakap. Bila mak ayah dah tak ada, gembira macam mana suasana akan tetap ada rasa kekurangannya. Sekarang PC rasa. Bila mama dah tak ada.. betul!.. suasana atau keadaan gembira macam mana pun akan ada satu rasa halus yang cuma dapat dirasai tapi sukar dijelaskan.
Hari ini Ramadan ke-9. Malam ke-10 solat sunat Tarawih. Terus fokus beribadah. Niat kerana Allah swt. Semoga menjadi bantuan di SANA kelak.
NOTA PC : dah mula buat kuih raya ke tu
Tags:
Santai Peribadi

