PEKAKKAN TELINGA KERINGKAN HATI BUAT-BUAT TIDAK NAMPAK | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. HUJUNG-HUJUNG SYAWAL. Menuju minggu terakhir Syawal 1447H. Namun masih lagi giat dengan aktiviti. Marhaban dan ziarah Syawal. MasyaAllah. Alhamdulillah.
Masak memasak sampai jadi. Sesetengah keluarga setiap tetamu yang hadir dihidangkan dengan pelbagai menu. Sesetengah keluarga yang lain pula, tetamu yang datang sekadar dihidangi air dan cemilan ringkas dan ringan. Cara dan rezeki masing-masing. Memang betul memberi dan meraikan tetamu bagus asal jangan rasa terbeban dan mengungkit kemudian hari. Jangan sampai ada rasa terbeban.
Hari ni akhir Syawal. Namun masih ada yang ambil peluang beraya walau telah mula bekerja dan sesi persekolahan. Mungkin Syawal kali ini ada yang sangat gembira. Mungkin juga ada yang sedang berduka. Allahu. PC sejak mama tak ada, rasa gembira kurang.. tapi rasa sangat-sangat bersyukur. Syukur atas segenap nikmat. Babah pesan, jangan kufur nikmat. Betullah tu.
PEKAKKAN TELINGA KERINGKAN HATI BUAT-BUAT TIDAK NAMPAK. Bila Syawal ni dah berkumpul ramai-ramai memang susah nak kawal mulut. Lebih susah nak kawal hati daripada terasa hati dengan kata-kata. Saudara mara ke.. tetamu yang datang ke. Kawan-kawan marhaban ke. Begitu begini. Nak ubah diri sendiri pun susah.. lagikan nak ubah orang lagi susah. Hujungnya pekakkan telinga. Buatlah macam tak ada apa-apa yang berlaku.
Setiap hari akan ada kisah baru. Bertambah cerita. Bertambah kenangan. PC berdoa semoga kita masih lagi bernafas dalam keadaan sihat untuk menikmati Syaban, Ramadan dan Syawal akan datang serta seterusnya. Aamiin. Terima kasih Syawal 1447H.
NOTA PC : setiap detik sangat berharga
Tags:
Santai Peribadi
