MAMA SELALU ADA

MAMA SELALU ADA | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. SEMALAM PC betul-betul rasa loss. Setiap kali tiba tarikh mama meninggal, PC akan dengan sendirinya ada satu rasa yang susah nak diungkap dengan kata-kata. Memang mulut kata okey.. reda.. tapi hati rasa berat. Berat sungguh. Mungkin ada rasa terkilan kerana PC tak mengadap masa mama diuruskan hingga ke tanah perkuburan diurus dengan sangat sempurna. Ada rasa yang tidak lepas. Inilah ujian PC. 

Tahun ke-4. Sudah empat tahun. MasyaAllah. Selalu infatkan diri sendiri. "Mama selalu ada". Ya. Dalam hati dan fikiran PC tentu sahaja ada wilayah istimewa untuk mama. Begitu juga babah. Sangat-sangat. Manusiawi. Ibu bapa dan anaknya. Anak drngan ibu bapanya. Allahuakbar. Semalam genap empat tahun mama tiada. Hari ini, hari ibu. Dulu sangat kurang PC ucap hari ibu. Biasa yang PC highlight kan ulangtahun kelahiran mama sahaja. Begitu jugalah hari bapa. PC lebih excited ucap dan sambut ulangtahun kelahiran babah. 

Sekarang tarikh kematian mama menambah diruang minda untuk selalu diingati. Hakikat yang berat dan pahit padahal memang dah tahu mati pasti. Sangat pasti. Manusiawi selalu lemah dengan perasaan sendiri.. ya PC. Orang lain jauh lebih kuat semangat yang buat PC rasa cemburu. PC pun nak kuat semangat!!. Aamiin. Perlahan-lahan jadi manusia lebih kuat semangat. 

"Kuat semangat macam mama. Lebih kuat daripada mama kalau boleh..". Inilah kata-kata PC pada mama dan mama kepada PC satu masa dulu. Mama selalu nak PC jadi versi yang lebih baik berbanding dirinya. Memang impian setiap ibu bapa begitu. Mahu anaknya menjadi lebih baik lagi dan lagi. Ya. 

Mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Pepatah ini dekat dengan PC lagilah bab bebel. Mama kurang tapi anaknya macam extra pulak. Kihkihkih. Sayang kucing. Mudah cair bila ada kucing datang rumah. Tak suka kumpul pakaian dan pinggan mangkuk kotor. Tak suka bertangguh lipat pakaian. Jarang sakit tapi bila sakit merisaukan yang sihat. Mama selalu ada. Sentiasa ada. Selagi PC hidup.

MAMA SELALU ADA
Al Fatihah.. Wahai Allah, dakap mamaku dengan rahmat-MU, hingga tiba hari perhitungan nanti hulur buku catatan dari sisi kanan-Mu.. indahkan paras rupa mamaku.. lancarkan langkah mamaku di titian sirat-Mu. Mama, love you. Jangan cari anak lain ya ma selain Jua. Janji ya ma. Jua janji jadi anak yang baik.. aamiin.

NOTA PC : tanggungjawab belum selesai..



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama