SUKA BERHUJUNG AIR MATA ALKISAH BUAH MANGGIS | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Hitam-hitam si tampuk manggis
Walau hitam dipandang manis
Hitam-hitam si tampuk manggis
Walau hitam rasanya manis
Entah mana satu. Pantun dua kerat dicipta mengikut niat dan sasaran. Apa tujuan dan maksud cuma pemantun yang tahu tersirat dan tersuratnya. Gitu.
Selamat hari pekerja. 1 Mei. Hari pertama dibulan Mei.. dimulai dengan penghulu segala hari, hari Jumaat. Cuti. Masuk bulan baru. Beribadah ke masjid menunaikan solat Jumaat juga. Berganda nikmat. Alhamdulillah.
Sejuk mata memandang sana sini pokok buah-buahan berbuah. Nikmat sungguh. Kedai yang jual buah-buahan pun tak putus bekalan buah-buahan. Rezeki. Walau kena berperang dengan haiwan-haiwan disekitar rumah bila dapat menikmati sedikit pun rasa gembira sangat.
Gembira sangat tahun ni pokok manggis babah berbuah. PC dan babah akan gembira berganda setiap kali pokok manggis ni berbuah lebat. Sebab?.. Pokok Manggis ni arwah mama yang tanam. Air tangan mama. Ya!!!!. Ada sentimental value. Semakin banyak buahnya semakin banyak orang boleh menikmati semakin banyak pahala mama terima di SANA. Aamiin. Tahun lepas Pokok Manggis ni tidak betbuah, sedih kami. Sungguh!!.
Sungguh bagai dikata atau mungkin tekaan mengena. Mungkin begini faktanya. Tetapi biasanya sama. Apa?. Mesti ramai yang sudah tahukan.. nak tahu berapa ulas buah manggis tengok tampuh belah bawah buah manggis ada berapa pecahan atau kelopaknya.. ada sama jumlah isi di dalamnya. Sebenarnya la kannn.. dah tua-tua ni pun baru PC tahu.
Cerita sikit pasal buah manggis ni ya.. PC tak ingat tahun bila tapi memang rasa nak ketawa ada, kesian ada. SUKA BERHUJUNG AIR MATA ALKISAH BUAH MANGGIS. Anak saudara PC memang hantu buah-buahan.. musim manggis. Maka stok buah manggis ni selalu ada. Entah dari mana dia dengar ada orang tua-tua sembang, kalau nak tau isi dalam tengok bontot manggis tu.. maka masing-masing beleklah bontot manggis tu.. kan nak yang isi banyak..
Satu persatu. Elok je. Ketawa-ketawa adik-beradik sepupu-sepupu. Maklumlah belek bontot manggis. Tapi, bukan belek biasa.. si kakak, sambil belek dia terus asingkan.. si adik ingat cuma suka-suka.. main-main.. nahhhh.. baik-baik suka, berebut, terus nangis sebab yang kakak dah kaut semua yang isinya banyak.. baki tu bererti adik punyalah. Mahu tak mengamuk adik. Buah manggis je pun.. yang tua-tua pun kadang berebut.. inikan budak-budak.
Kadangkala ilmu yang ada boleh ubah suasana. Boleh jadi baik pada kita belum tentu dirasakan baik oleh orang lain. Sekian.
NOTA PC : Salam Jumaat. Selamat hari pekerja.
Tags:
Santai Peribadi

