KENAPA ROTI JALA | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. BANYAK PERTANYAAN. Biasanya kalau sebut roti mesti ada guna bahan penaik. Yis ke.. Bikarbonet ke.. Baking soda ke.. kalau dibancuh atau diadun berganda gebunya.
Ringkasan yang PC ambil dan PC olah ayatnya mengikut faham PC dan sumbernya adalah dari Wikipedia ya.
Roti jala; berkait rapat dengan masyarakat Melayu di Nusantara yang mendapat pengaruh daripada makanan India, dan namanya diinspirasikan secara langsung daripada teknik menjala ikan. Cara membuatnya seperti menjala ikan ditambah bentuknya pun seperti jala ikan makan jadilah namanya "roti jala". Tapikan, ada kisah lisan yang menyatakan hidangan ini berasal dari Sungai Johor. Warna kuning roti ini asalnya diilhamkan daripada warna benang atau tali jala nelayan tradisional pada zaman dahulu. Roti jala biasa dimakan dengan apa?.. kari. Kari ayam. Kari daging. Kari ikan. Ikutlah selera masing-masing. Kadang dimakan dengan sambal ikan bilis pun jadi. Kalau PC roti jala makan dengan sambal sardin pun jadi.
Buat roti jala senang bagi sesetengah orang. Tapi sangat susah bagi segelintir orang yang lain. Tapi sekarang ramai je yang berniaga roti jala dengan cara dan harga masing-masing. Bagi PC bila makan roti jala ni.. kuahnya yang main peranan dan sangat-sangat mempengaruhi sedap atau tidaknya roti jala yang dihidangkan. Sedap kuahnya.. InsyaAllah seleralah yang makan.
Semangat. Sabar. Rajin. Minat. Bila ada semuanya insyaAllah jadilah roti jala. Kalau semua bahan ada.. tapi tiada kerajinan atau tiada minat.. sila buat menu lain ya. Atau pun beli je la. Cuma bila beli ni tak puas makan. Bila buat sendiri puas makan. Alhamdulillah.
PC sekeluarga suka makan roti jala ni. Tapi sekarang roti jala dah dipelbagaikan. Ada juga roti jala coklat.. makan pun dengan coklat cair. Sedap juga. Moden. Ada banyak pilihan ikut citarasa dan selera masing-masing.
NOTA PC : teringin nak makan pulut dengan kuah durian..
Tags:
Santai Peribadi
