BUKAN MI KUNING TAPI MI LAKSA GORENG | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. TEKAK LUAR JANGKA YA. Lain orang lain selera. Bayangkan kalau satu keluarga ada lebih tiga orang selera tak boleh lebih kurang.. bermakna setiap hari kena ada tiga menu atau lebih. Pengsan. Tapi alhamdulillah keluarga PC boleh toleransi bab makan. Memang la masing-masing ada citarasa tapi taklah tolak menu yang dimasak pun. Maksudnya, boleh je makan apa yang dimasak. Syukurlah.
BUKAN MI KUNING TAPI MI LAKSA GORENG. Mungkin bagi sesetengah orang dah bosan sebab dah biasa makan mi laksa goreng ni. PC tidak biasa tapi dah banyak kali masak dan makan. Sebab apa PC kata tak biasa.. sebab dah tua-tua ni laaaa baru PC tahu mi laksa ni boleh dan sedap juga digoreng. Bila tahu sedap, apa lagi.. keraplah PC masak mi laksa goreng. Biasa buat laksa penang je kan.. makan berkuah.. tukarlah pula.. ada yang kurang suka sebab lebih besar dan kenyal rasanya berbanding mi kuning. Lagi satu mi laksa ni tawar. Masa goreng tu kena lebih sikit letak bahan-bahannya. Alah, kalau PC perencahnya sama je macam masak bihon dan mi goreng, tukar kepada mi laksa je. Mungkin orang lain ada bahan dan resepi rahsia. Gitu.
Gitulah adat hidup di dunia. Makan untuk hidup maka ala kadar saja makannya dan bukan hidup untuk makan.. binasa nanti hujungnya. Bahaya juga kalau hidup untuk makan. Sedangkan makan untuk hidup pun boleh terkena macam-macam penyakit, bayangkan jika hidup untuk makan. Tapi tengok juga rezeki kesihatan ni. Apalah PC ni.. tak baik je. Boleh je kalau ada orang pilih hidup untuk makan.
BUKAN MI KUNING TAPI MI LAKSA GORENG boleh dimakan oleh kanak-kanak juga berbanding mi kuning, ini pendapat PC ya. Sebab PC perhati sekeliling PC yang ada ramai anak kecil. PC ada ramai anak buah dan anak saudara. Ada yang bila makan mi kuning perut mereka meragam.. ada yang cirit birit. Mungkin boleh diganti dengan mi laksa agak lebih selamat untuk sistem penghadaman anak kecil yang suka makan mi.
Mi goreng laksa ni awalnya PC masak, PC sendiri kurang nak makan.. tapi babah dengan en suami selera je. Lama-lama eh sedap pula. Lama-lama suka pula. Ditambah babah dan en suami kurang dengan mi kuning. Nahh ini gantinya. Bentuknyakan lebih kurang. Sabar je laa. Jadi sekarang kalau PC masak.. PC cakaplah.. BUKAN MI KUNING TAPI MI LAKSA GORENG.. kalau tak nanti masing-masing ingat mi kuning lambat je ambil pinggan nak ceduknya. Lemau je. Ermmm.
Ermmmm.. hari ni hari terakhir dibulan Julai. Esok lembaran baru. Melangkah kita ke bulan Ogos. Bulan kemerdekaan negara kita. Alhamdulillah. Ramadan 1448H semakin dekat. Jangan kata lambat lagi. Zup zap zup zap dah sampai. Ya Allah. Semoga Allah swt rezekikan kita kesihatan, rezeki yang berkat. Aamiin.
NOTA PC : langit gelap tapi panas terik
Tags:
Santai Peribadi
