SALING MELENGKAPI

SALING MELENGKAPI | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. HAWA UNTUK MENEMANI NABI ADAM a.s. Allah swt cipta berpasangan bertentang jantina. Lelaki pasangannya perempuan. Perempuan pasangannya lelaki. Hukumnya begitu. Sifirnya seperi itu. Tidak selainnya mengikut suka atau citarasa. Nauzubillah. Kisahnya sudah ada.. Nabi Luth dan kaum Sodom. Cukup!!.

SALING MELENGKAPI
Daun limau purut. Serai. Masak apa ya?

Saling melengkapi; 

Menarik sungguh seni anyaman
Bukan biasa-biasa ada seninya
Setiap masakan ada ramuan
Lengkap ramuan enak rasanya

Bilik mempelai mewah haruman
Kaki melangkah tenang fikiran 
Suami isteri saling berpegangan tangan
Aman sentiasa hidup berpasangan

Meletus aktif gunung berapi
Larva melimpah tidak bertepi
Ada langit ada bumi
Ciptaan Tuhan saling melengkapi

Masak apa hari ini?. Nah soalan yang paling melekat dibibir orang rumah terutama para isteri. Kadang mak-mak yang tanya. Kadang isteri yang tanya.. lagi parah orang dalam rumah tanya masak apa hari ni.. menu ni silap-silap boleh masuk dalam mimpi. Sesuatu yang difikiran secara mendalam ni, boleh merasuk. Kacau fikiran. Ganggu emosi. Kalau hari-hari masak menu sama ada juga yang banting pinggan nanti. Kalau asyik nak makan di luar.. bocor pulak poket nanti. Selang seli lahhh. Makan masakan rumah. Sesekali tu keluarlah. Makan di luar. Ikut rezeki sekadar mana. Ringkas sahaja. Sederhana. Mewah. Rezeki masing-masing macam mana.

SALING MELENGKAPI. Luas skopnya. Sudut mana yang nak diambil kira, semuanya akan saling. Saling melengkap. Mula daripada keluarga. Tempat kerja. Masyarakat. Alam ini. Semua ada fungsinya yang tersendiri. Allah swt dah cipta semua ada peranan masing-masing walau kuman yang dianggap bahaya pun ada fungsinya.. kalau tak, mana mungkin Allah swt cipta. 

Cipta dengan tujuan. Mungkin bila sampai pada kita, mana yang kita rasa tak best, ianya jadi ujian atau masalah dan beban.. tapi pada DIA YANG MAHA ada alasan lain. Menjadi yang terbaik untuk kita sebagai hambaNya. Aamiin. Cuma kita ni nilai dan pandang dari sudut yang berbeza.

Berbeza. Ketika berusaha saling melengkap paling susah nak terima bila ada perbezaan. Nak melengkapi tapi dihalang oleh petbezaan. Tengah-tengahnya adalah sifat tolak ansur. Tak kisahlah guna pakai dengan pasangan, keluarga, jiran, kawan-kawan dan ikutlah kesesuaiannya. Susah sebenarnya. Tidak pelik berakhir dengan pergaduhan kecuali sabar dan reda.

Reda. Saling melengkapi kerana Allah swt. 

NOTA PC : taklah panas terik.. redup tapi bahangnya lain macam.

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama