BELAJAR DARI ALAM BERJUANG HIDUP | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. BUKA MATA. SETIAP HARI ada peluang untuk perbaiki diri. Betulkan mana yang silap. Tambah mana yang kurang. Jangan lupa bersyukur.
Lihat sekeliling. Lihat langit atas kepala. Tunduk ke bawah di mana bumi tempat kita sedang berdiri. Langit dan bumi. Jauh jaraknya bagi kita tapi sangat dekat bagiNYA yang mencipta. Semua DIA punya. SEMUA, tiada yang terkecuali.
Belajar. Proses yang panjang. Manusia belajar bila mahu tahu sesuatu perkara yang baru. Boleh jadi juga kita belajar dari kesilapan yang dilakukan sengaja atau tidak sengaja. Inilah kehidupan sehinggalah kita kembali ke pangkuan Pencipta.
Tidak semestinya belajar sesuatu daripada sesama manusia. Boleh juga belajar daripada alam ini. Haiwan. Tumbuh-tumbuhan. Semuanya. Sedar atau tidak sedar, mahu atau tidak sahaja sebenarnya kita belajar sesuatu.
Belajar dari alam berjuang hidup. Pelangi memang susah nak muncul, tapi bila sesekali muncul, sangat menggembirakan. Tumbuhan, diracun.. namun tiba wakunya tumbuh kembali. Akarnya mainkan peranan. Begitu juga manusia, tentu ada sesuatu yang mesti dipertahankan untuk terus bersendi menjalani hidup.
Encik suami beli anak pokok limau kasturi.. kecil saja. Comel. Pusing-pusing di pasar pagi.. ada nampak peniaga jual anak-anak pokok buah-buahan.. berkenan maka dibelinya anak pokok limau kasturi. Balik terus ditanam. Alhamdulillah. Seminggu pertama syukur sangat-sangat.. masuk minggu kedua.. diserang kumbang, ulat, belalang, babi dan monyet.. bersilih ganti.. hilang kecomelannya. Sedih kami. Sungguh-sungguh. Suami isteri termenung tengok pokok limau kasturi tinggal batangnya halus dan akan yang masih ada dalam tanah.
Rasa nak cabut. Nak belikan anak benih yang baru. Tapi rasa sayang. Biarkan dan tunggu. Mana tahu masih mahu tumbuh dan bertunas baru. Tetap siram macam biasa. Tabur baja macam biasa. Tapi sesekali bergenang jugalah air mata. Ya Allah.
Beberapa bulan kemudian..
Alhamdulillah. Sekarang masih ada. Sedang berbunga.. dengan izinNYA masih sudi hidup pokok limau kasturi ni. Allahuakbar. Tapi tetap masih dimusuhi juga..
NOTA PC : belajar sesuatu..
Tags:
Santai Peribadi
