TUMPAHNYA AIR MATA

TUMPAHNYA AIR MATA 

Assalammualaikum wbt

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Lagi dan lagi
Murahnya air mata ini
Tumpah lagi
Luarnya terlihat tenang
Dalamnya ternyata berperang

Siang malam bersilih ganti
Masih di sini
Masih begini
Masih membasah lagi
Air mata ini tumpah lagi

Hari bertukar minggu
Minggu menjadi bulan
Bulan berhujung tahun
Semakin menjadi-jadi
Tumpah lagi

TUMPAHNYA AIR MATA

Kesedihan
Kekecewaan
Ketakutan
Penyesalan
Rasa dijiwa
Sarat menjadi satu

Bagai tidak kunjung pergi menjarak
Bagai mahu dekat menetap

Diam-diam mencari jalan
Bermula dari mana
Berhujung ke mana
Lebih utama caranya
SATU
Kembali bawa segenap rasa
Kembali dengan rasa kehambaan
KEMBALI SERAH SEMUA KEPADA TUHAN

Air mata masih mengalir
Tetap mengalir
Semoga dengan versi yang berbeza
Taubat sebagai pendosa
Pendosa yang mengharap cahaya
Cahaya yang hujungnya tamat di syurgaNya

NOTA PC : mengharap RahmatNYA 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama