SESEKALI PERLU TIDAK SEPENDAPAT

SESEKALI PERLU TIDAK SEPENDAPAT | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. SETIAP KITA BOLEH BERSUARA. BOLEH BERBICARA. BOLEH MEMBERI PENDAPAT. Secara lisan atau melalui penulisan. Berkomunikasi dua hala adalah satu cara yang sihat sebenarnya walaupun dalam kehidupan kita ni terkadang ada masa-masa macam terpaksa jadi penurut walau tidak rela. Mesti ada rasa menyampahkan. Hurmmm. 

Sepemikiran. Sependapat. Seiringan. Perlu dan bagus. Tetapi bagi pendapat PC sesekali ada baiknya perlu tidak sependapat. Tidak sependapat bukan bermakna menentang tegang. Atau sampai tahap bersilat bercekak pinggang atau berselisih faham. Sampai tahap tak bertegur sapa. Dosa la pulak. Tahap putus silaturahim nanti nabi tak aku umat. Janganlah gitu. 

Sesekali perlu tidak sependapat bagai tarik rambut dalam tepung. Maksudnya kalau kita ni tak setuju dengan pendapat orang dan mahu membantah, tetap menjaga adab. Tetap sopan dan beretikalah. Walau kita dianggap penentang. Biasanya kita akan dipandang serong. Maklumlah tidak sependapat. Akan ada sahaja nanti salah kita yang digali orang. Tak percaya cubalah. Hujung-hujung kita yang nampak salah. Adoiii. 

SESEKALI PERLU TIDAK SEPENDAPAT. Bila?.. Apabila pendapat yang diberi memang nampak ada kurang tepatnya. Tidak kisahlah ketika berbincang apa pun itu. Isu yang dibincangkan ketika itu. Bantah kemudian beri buah fikiran yang lebih baik. Itu sahaja. Terima syukur. Tidak diterima tak apalah. Penerimaan orang tidak sama. Saling menghormati satu sama lain  lebih baik untuk mendapat satu rasa tenang yang indah. Aamiin.

Hidup sangat singkat. Usia bukan menjadi alasan. Sakit bukan menjadi alasan. Bila tiba waktunya. Bila memang sudah habis peruntukan rezeki kita di dunia ini, maka kembalilah kita kepadaNYA.. dengan cara yang telah DIA tetapkan.

NOTA PC : nikmat hujan.. 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama