TERUSKAN BELAJAR

TERUSKAN BELAJAR | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. TIADA HAD USIA. TIADA SYARAT SIAPA KITA. Tamat hanya bila jasad sudah tidak bernyawa. Semuanya berakhir. Tapi kesannya pasti menyambung hingga di barzakh dan mahsyar kelak. Belajar tidak sebatas di sekolah.. ke universiti. Lebih daripada itu. Luasnya ilmu cuma Allah swt yang tahu.

Tahunya hamba sekadar sahaja. Sekadar yang kita mahu. Kita usahakan tuntut. Langsung atau tidak langsung.  Berguru atau melihat di media-media yang ada. Justeru itu sekarang usia bukan lagi halangan menjadi isu untuk terus belajar lagi dan lagi. Teruskan belajar. Kalau ada orang mengata abaikan. Niat belajar kerana Allah swt. Bila dah belajar, ada ilmu jangan kedekut. Jangan sombong. Ubah jadi ladang pahala pula. Gaji biar Allah swt yang bayar dalam bentuk pahala. Aamiin. In sya Allah. 

Belajarlah daripada sesuatu. Yakin tiada yang sia-sia bila Allah swt izin sesuatu itu berlaku. Hadam hikmahnya. Memang tidak mudah kerana ujian biasanya berat. Sungguh. Iman. Taqwa. Boleh goyang. Boleh rebah. Allahu. Hujung pada kesulitan ada kemudahan. 

TERUSKAN BELAJAR

Sebut pasal belajar, teringat pada makcik-makcik di kampung. Cerita saja belajar, mencuba resepi baharu biasanya menjadi topik panas. Panas ya, bukan hangat. Masing-masing teruja cuba resepi baharu yang diperolehi daripada media sosial. Dulu masak ikut resepi turun temurun.. tradisional katanya.  Sekarang banyak resepi dan menu moden. Hujung jari saja katanya. Nahhh itu dia. Padu. Memang mantap. Bila ada goyong-royong, bila ada majlis di surau.. semua tunjuk skill memasak. Makcik-makcik masak.. yang jadi tukang mesti rasa jamaah lelaki. Jeng.. jeng.. jeng.

Jeng.. jeng.. jeng.. jangan terkejut kalau ada yang ditenung sahaja hidangannya. Belum lagi yang kata rasanya pelik. Satu hal lagi, susah sebenarnya ya nak ubah selera dan nak umpan orang dengan sesuatu yang tidak menjadi menu kebiasaan. Kalau tadi kata makcik-makcik masak ikut resepi tradisional mak-maknya turun temurun.. begitu jugalah pakcik-pakcik ni.. dah dari kecil maknya masak begitu, eh bila dah tua-tua disuruh makan menu resepi baharu yang moden.. mana tak tergelincir lidah dan tekak.. ada yang ok je.. ada yang buat-buat OK..  ada yang tak. Lucu.. yang muda-muda santai.. 

Teruskanlah belajar. Lebih-lebih lagi ilmu agama. Sebab kita menuju jalan pulang kepangkuan PENCIPTA yang nanti sudah tidak ada jalan kembali ke dunia. Lebih awak belajar lebih awak dapat. Semoga yang lebih itu, lebih juga keberkatannya. Aamiin. Jangan belajar ilmu sakiti orang.. kalau sudah berada pada acuan itu, pilihlah untuk berubah.

NOTA PC : sekejap hujan.. sekejap panas terik sangat-sangat.. rezeki 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama