Salam ukhwah dan ahlan wasahlan teman-teman..trima kasih kerana sudi dan memberi ruang menziarah entry saya..masyaallah..hanya Allah yang membalasnya dengan seribu satu kebaikan..amin..tegurlah andai saya ada melakukan kesilapan..
setiap orang Allah kurniakan sebuah keluarga,,tidak kiralah sebuah keluarga yang besar atau kecil..yang penting sebuah keluarga itu mempunyai satu ikatan ukhwah yang kukuh,teguh dan harmoni yang sentiasa menjalani rutin kehidupan berteraskan Al Quran..
Tidak semua ahli keluarga kita tinggal berdekatan atau sekitar tempat tinggal antara satu sama lain..Ada
yang tinggal atau menetap berlainan daerah dan negeri..tidak kurang juga yang merantau danmenetap di negara asing..agak sukar untuk bertemu dan berbual mesra kerana jarang dapat bertemu..Pada kebiasaannya cuti panjang pada sambutan hari-hari perayaan menjadi peluang untuk saling berkunjung dan bertandang..
Dalam
Islam sebenarnya amat menggalakkan umatnya saling kunjung mengunjungi sesama kita..yang jauh kita dekatkan,yang dekat kita rapatkan dan yang rapat kita mesra-mesrakan..amboiii senyum lebar mak senah,,maklumlah berbesan dengan jiran depan rumah..tak susah la yek nak kena beli tiket kapal terbang nk menziarah besan..kuikuikui..setiap tetamu yang datang membawa 1001 keberkatan dan kebaikan kepada tuan rumah..haaa jangan la pulak datang menziarah sambil bergosip..aduhai..memang dapat dosa la jawabnya..uhukuhuk..tersedak pulak..macam biasa buat je tu…
kalau nak bertukar-tukar cerita,,tak apa..jika mahu berkongsi pendapat itu boleh saja..atau bertukar dan berkongsi resipi ke..uhuuuu memang digalakkan..hehehehe..apabila tetamu datang rezeki yang ada menjadi bertambah berkat..tuan rumah hendaklah memuliakan dan menghormati tetamunya seperti mana hadith Rasulullah yang bermaksud
“ Barangsiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan Hari Akhirat ,maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.”
Betapa tingginya nilai tetamu yang sudi bertandang ke rumah kita..walau bagaimana pun,,setiap tetamu yang datang walaupun terdiri daripada saudara rapat dan dekat,,adab-adab semasa berkunjung hendaklah dijaga dan dititik beratkan..seperti mana hadis Rasulullah yang bermaksud
“Sesiapa yang memasuki majlis sesuatu kaum,hendaklah dia duduk di tempat yang telah disediakan kerana kaum itu(tuan rumah) lebih mengetahui aib rumah mereka”
Seandainya tidak dapat bertandang menziarah dek kerana kekangan jarak yang terlalu jauh atau jangka masa yang diperlukan terlalu panjang,itu bukan satu alasan untuk kita memutuskan silaturahim sesama insan..aplikasikan kemudahan yang ada untuk kemaslahatan bersama..
Cik peah pun sudah pandai ber’’skyp’’..pak abu pulak dah cekap gunakan khidmat 3G..mak bedah pandai menaip sms..sampai terpelanting keypad handphonenya..subhanallah..kalah boboboy..kemajuan jika pandai diolah pasti memudahkan dan banyak kebaikkannya..
wassalam