)(:)( ReSaM pADi..)(:)(


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Apa khabar semua..sihat hendaknya..tiba-tiba teringat zaman sekolah tingkatan 1..mata pelajaran geografi..salah satu bab yang paling saya gemari adalah bentuk muka bumi..lukis peta..ukur gred..lukis sempadan negeri..lagi-lagi tandakan negeri berdasarkan tanaman kontan negeri tersebut..contohnya Negeri Johor terkenal dengan tanaman  nanas ,Negeri Sabah pula terkenal dengan tanaman koko,kopi dan getah manakala Negeri Kedah terkenal dengan tanaman padi sampaikan mendapat gelaran negeri jelapang padi..cukuplah ye saya beri contoh tiga buah negeri..sekadar mengimbas bab yang di gemari..ditambah pula dengan cikgu yang mengajar bijak menarik perhatian supaya kami minat nak fokus subjek tersebut..

tapi ada je yang sempat lagi nak berangan..toleh kiri kanan,,senyum sana sini,,baling-baling pemadam..tektik nak mengurat la tu..ha sekali kena cubit dengat cikgu hilang motif nak mengurat..timbul urat leher menahan sakit kena ketam dengan cikgu..lemak berkrimkan..dont do this again..betul-betul menguji kesabaran kawan kawan lain yang serius fokus nak belajar..aaha yang pasti boy tadi bukan nak mengurat saya tau tapi bestfriend saya..now mereka dah ada one son and one daughter..jodohkan hanya Allah yang tahu..kira berbaloilah kena cubit dengan cikgu ye.. :) 

ermm..tertarik pulak nak ulas tentang padi..ok la..seperti mana yang kita ketahui beras atau nasi merupakan makanan ruji penduduk negara Malaysia..walaupun western food,korean food dan lain-lain food yang hebat dan lazat-lazat kian menular dan berjaya berada pada carta tertinggi dalam favourite food sesetengah orang di negara tercinta kita ni tapi nasi tetap utama kecuali bagi mereka yang sedang giat berusaha untuk menurunkan berat badan atau berdiet..

ha group ini pastinya puasa nasi..kan..kan..betul tak? J..oleh itu pengeluarannya adalah secara luas dan besar-besaran..bagi memenuhi permintaan yang tinggi..hinggakan apabila berlaku kekurangan bekalan beras terpaksa diimport dari negara lain seperti Indonesia yang juga menjalankan aktiviti penanaman padi secara besar-besaran..kita makan nasi yang asalnya daripada beras..betul?setuju?yes..angguk kepala..anak saudara saya pun suka makan nasi..lauknya tak susah..kicap..senang dan simplekan..hehehehe..

baiklah..pada mata kasar pokok padi.ditanam di sawah..bila besar mengeluarkan hasil yang banyak..padi dituai menjadi beras..dimasak menjadi nasi..luar daripada itu pastinya kita sudah terbiasa dengan frasa``resmi padi``..peribahasa yang sinonim dengan kita,,yes inilah point yang sebenarnya..kenapa beria-ria nak cerita panjang lebar pasal padi..kenapa padi dijadikan simbol pada satu sifat yang baik dan harus dicontohi..alasannya,,zone focus ye..

cuba kita perhatikan padi yang sudah masak menguning..masih kukuh pada tangkainya..semakin padi itu berisi dan matang ia semakin menunduk..semakin rendah seolah olah sedang sujud umpama mahu jejak bumi..pernah tengok..inilah kiasannya..andai kita ada ilmu yang banyak seluas lautan,,sebanyak pepasir di pantai,,buih di lautan..jika harta kita banyak menggunung,,kalau kita ada banyak baju yang mahal-mahal berblink-blink dengan manik dan labuci,,..cermin mata hitam dua bakul baju sekali pun..termasuk cermin mata mainan la tu sampai dua bakul.. :) itu semua adalah anugerah Allah..hanya pinjaman..sementara kita hidup di dunia..jadilah seperti resmi padi..

segala nikmat yang kita miliki bukan menjadi sebab untuk kita berasa bangga atau riak..tanamkan sikap suka merendah diri agar kita mudah didekati tidak kira siapa pun..merendah diri amat digalakkan tapi bukan dan jangan sesekali merendah rendahkan diri sendiri kerana kita punya harga diri juga keyakinan kendiri yang perlu dipertahankan..sama-sama kita perbaiki diri..

wassalam  0_O
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama