^^maTA^^


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Kalau dulu dulu kita perhatikan,,anak anak kecil yang sedang aktif meneroka dunia sekelilingnya..paling kecil pun skopnya adalah dunia tempat tinggalnya la..pemantauan ibu bapa itu sentiasa ada..sama saja keadaan sekarang pun..selagi anak itu masih merangkak,bertatih dan mampu beraksi dan bertindak luar jangkaan dan kawalan..ni kategori hiper aktif la yek..yang bezanya adalah cara penerimaan anak anak terhadap teguran daripada ibu bapanya..

ada ibu bapa suka menghukum anak dengan menggunakan rotan..haa amekkaw..zass..zass..lepas tu masa anak tidur sambil nangis teresak esak dok sapu minyak gamat la pulak..padahal minyak gamat tu dan expired pon..ada pula yang cubit dan pukul pukul manja..dan tak kurang yang kaunseling serta ceramah kat anak tu sampai si anak hilang nafsu makan..macam mana anak nak selera makan..sibuk sangat membebel..cuma masak nasi berlaukkan telur masin..

selain itu ada ibu bapa yang hanya menggunakan pandangan dan tenungan mata sahaja sudah cukup membuatkan si anak faham apa yang perlu dilakukan dan apa maksud yang ingin di sampaikan oleh ibu bapa mereka..kecut perut..pandangan mata yang tajam seolah olah nak tersembul biji mata ditambah urat mata putih menjadi merah tak berkelip kelip menambahkan lagi rasa takut dan gerun pada anak anak..takut ke??mereka dengan keluarga mereka j yang tahu..aiman pulak..seperti biasa..aiman tak kisah..

ni cara terbaiklah terutama apabila ibu bapa mahu menegur anak anak ketika ada tetamu di rumah mahupun sedang berkunjung ke mana mana majlis dan rumah sedara mara..tapi sekarang..fuhhh,,bila ibu bapa besrkan biji mata..lagi bulat biji mata anak tu dok balas semula pandangan mak bapak..si anak siap cekak pinggang lagi..pakej la tu..tu belum plus dengan jelir lidah..wek..wek..bontot tonggek sikit..sangat jauh berbezanya..dulu dengar mak bapak kita berdehem pun takut..anak sekarang boleh tanya lagi..ayah sakit tekak ke..**pengsan kejap**..

mata adalah salah satu daripada anugerah nikmat pinjaman daripada Allah kepada hamba yang di kasihi..untuk kita guna melihat kepada perkara kebaikkan dan yang mendatangkan manfaat..kerana di akhirat kelak mata juga akan ditanya apa yang dilakukan semasa di dunia..uniknya mata ini..ia mampu berbicara dengan caranya sendiri..betul tak?melalui pandangan mata kita boleh tahu orang itu baru lepas menangis sebab tak dapat makan durian crepe..melalui mata juga kita boleh tahu seseorang itu sedang resah gelisah dan runsing..aweks tak balas massege..sinar mata yang bercahaya juga membayangkan tuan badan sedang bahagia,gembira dan bersemangat..

ini bermakna mata mampu menterjemahkan isi hati kita..kalau dok menjeling je tu..tak sukalah tandanya..hehe..kalau mata merah,bengkak dan sembab??apa lagi baru bangun tidur la tu..elakkan bangun lewat ye..jaga mata kita sebaiknya..disiplinkan mata kita agar tidak melihat kepada perkara maksiat dan dosa kerana kesannya akan mempengaruhi hati dan akal kita juga..

bayangkan andai nikmat penglihatan kita Allah tarik semula..alangkah hibanya kita..kalau dulu dengan mata itulah kita dok kenyit kenyit awek yang kini jadi isteri kita,dok intai mengintai jejaka kini jadi suami kita..tiba tiba jadi gelap gelita..nauzubillah..pandanglah Al Quran setiap hari..sebutlah kalimahnya dengan lidah dan hati..moga dengan bantuan mata kita terselamat daripada menjadi penghuni neraka..

wassalam
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. salam kak haha betul kak . pengalamn ,ank buah sndri pun dh xheran dh gn org tua ni , dorg angap mcm kawan sbaya je , budak zman skang trlampau bijak smuanya faktor sekeliling , ni zaman sekarang habis zmn anak sy tah macm mana enth hehe mudhan ia lbih baik amin =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm dik arina suka taip..hihihi..akak pun tengok sedara mara..sepupu,,jauh sangat bezanya dengan kita..kadang2 risau pun ada bila anak2 or budak2 ni tak berapa takut dengan ibu bapa..mudah2an generasi akan datang lebih baik daripada kita..didikan dari alam rahim lagi.. :)

      Padam
  2. Ainun - mata. Banyak diperkatakan dlm pembelajaran untuk mengerti erti hidup. Menjadi gandingan mantap bersama hati dan minda. Silap guna menyesal di akhirnya kelak.

    Gunakan utk kebaikan selagi Allah masih mahu mengurniakan buat kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila akk sebut ainun - mata..teringat sekolah agama darjah satu..ustazah sebut dalam bahasa arab..kami ramai2 sebut maknanya..rindu zaman sekolah..sudah menjadi memori terindah..oleh itu gunakan segala untuk kebaikan..andai tergelincir..pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita..

      Padam
Terbaru Lebih lama