.::pEnaPis MuLUt..BeRaLaS biCarA::..


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Suka hati aku la aku nak cakap apa..mulut aku..amboi..sampai timbul hijau urat leher nampak..macam cendol lemak berkrim nampaknya..berani sungguh la dia ni..hihihihi..macam ni la situasi bila seseorang itu cuba pertahankan sesuatu yang dipertikaikan..macam ni jugalah yang terjadi bila timbul ketidakpuasan hati..bukan urat saja timbul,,biji mata pun macam nak tersembul keluar..alamak geram tengok..jangan berubah jadi hulk sudah..bersungguh sungguh dia..

walaupun kadang kadang yang dipertahankan itu salah..biasalah manusia mesti ada sikap mahu pertahankan diri sendiri..lawan debat dulu..menang belum tentu..walau nyata kesalahannya dan kalah tu pasti..hihihihi..lupa la tu ada malaikat catat setiap saat dan detik baik dan buruk..Allah pun sentiasa perhati je tu..jangan nak macam macam ye..kadang kadang kita ini bila bercakap atau berbicara mengikut kata hati..

street to the point gitu..tak mau simpan simpan..takut dadanya meletup la..bobos la..bernanah la,,berulat la..banyak la la..la..la..ok fine..lega sangat la kononnya bila dah luahkan semua ye..gitu..kalau budak kecil bermulut lazer atau out spoken,,orang mesti kata,,ala budak budak..biasalah tu..sebenarnya tidak biasa..itu luar biasa kerana mereka wajar dilentur dan dinasihati supaya berubah..ok..kalau orang dewasa tua senja kala pula yang gemar dan menjadikan out spoken sebagai hobi..macam mana tu ye??ooohooohoii..

bergantung pada masa,keadaan,tempat dan apa yang diperkatakan..kepuasan?semua orang nak kepuasan termasuklah dalam melontarkan kata kata dan bila bercakap..tetapi jangan lupa..setiap apa yang kita luahkan itu tidak mungkin dapat diterima 100% si pendengar..manusia ni ada dua mulut..satu mulut yang nampak jelas sebagai organ deria manakala satu lagi tidak mampu di lihat namun bicaranya dapat kita rasai sendiri iaitu hati kita..

hati kita mampu berbicara..oleh itu sentiasa berhati hati tatkala berbicara kerana apa..kerana kadang kadang bicara mulut tidak seiring dengan kata hati..betul tak?bagaimana kita dan siapa kita orang nilai melalui percakapan..jangan perasan bila kita cakap orang diam dan angguk angguk kepala  tu menunjukkan kita ok dan betul saja..berhati hati mungkin dalam hati mereka merintih marah,kecil hati mahupun kecewa sangat..dan apa yang paling mengerikan bila mereka berdoa dalam hati dalam keadaan marah..

kesannya kadangkala tidak terjangka dek akal..tidak mengapalah jika kita sentiasa berdiam diri..banyakkan berzikir dan bertasbih sebagai penapis mulut..dan seandainya kita tidak berkenan terhadap sesuatu perkara itu ..tegurlah secara beradab juga beralas..berpada pada bila menggunakan anugerah Allah kerana bila bila masa sahaja nikmatnya boleh diambil semula..

wassalam
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. adakalanya lebih baik diam dan tak banyak cakap. dan adakalanya beralah lebih baik walaupun kita brada di tmpt yg benar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. diam tak bermakna kita salah,,dan mengalah tidak semestinya kalahkan..kalau dengan cara itu dapat perbaiki keadaan..wajarlah kita untuk lakukannya.. :)

      Padam
  2. kerana mulut badan binasa , bercakaplah ketika perlu dan berfikir bila hendak bercakap . kata2 menunjukkan hati kita =) barakallah hufikum =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul la adik arina..lagi satu kita kena peka dengan siapa kita sedang berkomunikasi..adab dan tertib perlu diambil kira.. :)

      Padam
  3. Sungguh lidah kita ada kalanya lebih tajam dari pedang. Gunakan pedang kita ke jalan diredhai. Kalau pedang utk fi-sabilillah ganjaran baiklah dapatnya. Kalau pedang utk pancung kepala org kerana nak merompak memang buruklah dapatnya. Sendiri kena ingat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul la kak..kalau tak berwaspada ketika bercakap..buruh padahnya bukan sahaja pada diri sendiri..malahan pada keluarga juga..walaupun kadangkala sekadar gurauan kan kak..

      Padam
  4. btul wak..berhati2 bila berkata2 ni, kena fikir jgk akan kesannya...so kalau marah atau hati tak tenang bawalah diri dulu..takpun p amiik wuduk bagi tenang hati...sebab mulut ni lebih laju dari hati..kang macam2 yang tak patut kuar dari mulut..thanks for the sharing~

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab tu berdiam diri itu lebih baik..cakap pada perkara yang perlu dan penting sahaja..kerana penerimaan orang berbeza2..walaupun saudara sendiri..sedangkan rambut sama hitam pun payah nak ramal..lagikan sekarang rambut warna warni..lagi2 la susah nak jangka..

      Padam
Terbaru Lebih lama