^^MaHaL SaNgAt..



بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Macam tak biasa jekanpadahal dah berpuluh kali ulang alik pergi kedai beli barang,,dah beratus kali pergi pasar beri keperluan dapur dan lainnya..dan dah beribu kali juga pergi shopping mall sakan bershopping..orang lain cukup satu troli..kita bertroli sekali berbakul dan berplastik bagai..masuk matahari celik..keluar bulan mengambang..tapi masih lagi mengeluh duit banyak habis dan dok membebel harga barangan mahal bagai harga emas..termasuklah ikan emas dan pisang emas..hihihihi..amboi..asal ada emas..semua mahal la ye..ewahewah..salah siapa??salah diri sendiri ok..sebab apa?? Siapa suruh pilih dan beli barang barang yang harga mahal dik non..kan pilihan di tangan kita..

macam tu juga kuasa beli cik embun oiii..siapalah cik embun ni..kenal pun tidak..apatah lagi wujudnya jauh sekali..nama pun watak rekaan you..boleh??kalau pertikai harga barangan di pasaran mahal..memang munasabah la..bila permintaan tinggi maka penawaran pun tinggi secara tidak langsung harga akan naik kerana dari situ peniaga memperoleh keuntungan..kalau nak cepat untung..tiru Mail upin ipin..2 seringgit..2 seringgit..2 seringgit..untuns sekali rugi sepanjang hayat..namun macam tulah adat dalam perniagaan sebenarnya..

biarlah..biarlah ada isu mahal dalam aspek itu namun janganlah mahal dalam memberi senyuman..janganlah mahal dalam mengucapkan kata salam dan janganlah mahal dalam menyebut kalimah kalimah indah seperti zikrullah dan tasbih tasbih suci memuji kebesaranNYA..andai kita memakai pakaian yang mahal..makan produk kesihatan yang mahal..namun mahal juga dalam soal amal ibadat dan mahal untuk menjalin silaturahim..maka kita bukan sahaja  rugi di dunia malahan kerugian itu terpaksa juga kita tanggung di akhirat kelak..

percayalah..justeru itu..kita mesti bijak dalam mengurus diri dan emosi..cerdik dalam mentarbiah diri..jual mahal biar pada tempat yang sewajarnya dan murah pun jangan samapi langsung tidak bernilai..

wassalam
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. tak ada uangllah tuk itu, terlallu mahal

    BalasPadam
    Balasan
    1. tidak semua perkara kit perlu menggunakan wang untuk memilikinya kerana tidak semua perkara dan benda boleh kita nilai dengan wang ringgit.. :)

      Padam
  2. Duit bukan segalanya tp segalanya duit . yeahhh rakyat didahulukan =p

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul la dik..duit itu bukan segalanya..tapi duit itu keperluan..dalam usaha kita membina Jannah Allah juga perlukan duit untuk sedekah dan amal jariah lainnya :) pencapaian diutamakan ea..

      Padam
Terbaru Lebih lama