::..PersahabataN..::


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Pertemuan kali pertama..lelaki sama lelaki..perempuan sama perempuan..lelaki dengan perempuan..perempuan dengan lelaki..mata memandang..bibir ukir senyuman..sejantina boleh bersalaman..yang bukan mahram cukup sekadar memberi salam tanda perkenalan..ye takk..taklah orang cop kita ni sombong..owh..dont judge the book by its cover ok..tak baik..kena sentiasa bersangka baik.. J

Bila dah kenal kita boleh rasa sendiri ngam ke tak ngam..dalam apa saja perhubungan..keserasian itu perlu dicari dan dipupuk..digilap setiap hari..barulah semakin hari semakin saling menghargai dan menghormati..bukan dok tabik sepanjang hari..cukuplah sekadar saling mendengar apabila saling berbicara..baik ambil..kurang baik campak jauh-jauh..sampai afrika kalau boleh.. J..

Semakin lama kenal..semakin tahu lebih kurang diri masing-masing..dari segenap aspek..ha jaga-jaga..masa ni kawan boleh jadi lawan..tak mustahil musuh bertukar best friend forever katanya..tiada yang mustahil bila Allah kehendakkan sesuatu itu berlaku kan..yakin J..

Yang paling penting ikhlas..jujur dan lillahitaala..kalau dah Allah jadikan kita ini manusia..jangan sesekali nak berubah menjadi talam yang bermuka-muka..kalau kuih talam tu lain kisahnya..ye takk..boleh mengenyangkan perut..kalau talam keladi..hati-hati jangan tersalah pilih keladi gatal..sampaikan mulut gatal merepek nak buat cerita merapu..tak baik tau..ingat dosa sikit..

Biasalah kalau dah namanya berkawan..sekali sekala ada juga rasa sentap dek mulut yang berbisa..kadangkala timbul rasa nak meroyan..sikit lagi nak bertukar warna hijau..itu biasa..walaupun begitu..kalau tak ada kawan tu cuti kecemasan akibat ceret birit..ha terasa kekurangan..kan..bila ada tu ada saja yang tak kena..padahal sebelum ni hati dah naik bengkak tunggu masa nak meletup je ye..hehehe..tapi bila kita dengar kawan kita sakit..kawan kita ditimpa musibah..ye kita terasa simpati..dan bila kawan kita meletak jawatan..berguguran juga air mata kerana sedih nak berpisah sementara di dunia..kerana apa??..kerana kita punya hati yang sangat baik..

Menjalin silaturrahim..dan memeliharanya bukan tugas mudah..kadangkala memerlukan masa yang sangat panjang atau mungkin bertahun lamanya..berbanding dengan menghancurinya ianya boleh berlaku dalam hanya sedetik cuma..Allah sangat sayang kepad hambaNYA yang sentiasa memelihara hubungan  silaturrahimnya J wassalam..
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Sahabat sejati sukar dicari.. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul la erin..sangat sukar dicari..kalau dapat kita kena hargai sebaiknya..susah senang bersama.. :)

      Padam
  2. Begitulah.. sebab itu kena jaga mulut dan lidah agar tidak menjadi racun pada sebuah ikatan yg telah terjalin indah tak kiralah sahabat yg macamana. Suami, anak, saudara-mara, jiran, teman pejabat semua itu juga sahabat kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes betul tu kak..pendek kata sentiasalah kita ni menjaga tutur kata..mengawal bahasa bila mula berbicara supaya tidak ada hati yang terluka..dan sentiasa ringankan mulut meminta kemaafan.. :)

      Padam
  3. sahabat sejati adalah sahabat yg sentiasa memahami kita walau apa jua keadaan. alhamdulillah di kurniakan sahabat yang baik di sekeliling

    BalasPadam
    Balasan
    1. memiliki sahabat baik itu juga rezeki daripada Allah..semoga kita pelihara anugerah Allah itu sebaik-baiknya..sentiasa bersyukur dan saling bertolak ansur :)

      Padam
  4. Indahnya ada sahabat yang sangat memahami :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama