..::SembunyI::..

Sumber:google

Assalammualaikum..
Selawat dan salam buat mu Ya Rasulullah..

Syukur..syukur atas segala nikmat dan rahmat Ilahi..rindu nak berentry setiap hari..namun sentiasa tewas dengan kelemahan diri sendiri..tahniah pada yang masih terus berentry setiap hari..boleh kongsi banyak kisah dalam sehari..bila la boleh PC ikut jejak sahabat semua..kelemahan PC tidak boleh disembunyikan lagi..hehe..

Pilihan pada kita..bila spare tyre tak pun burger bertingkek tingkek tu di perut..amboi bukan main beriya iya nak sembunyikan..hehe..maka saiz L,XL menjadi pilihan..tak gitu..malu katanya..segan..dengan izin Allah..nyah lemak yang bertingkek berjaya,, huhu berkat usaha yang lebih dan gigih persis model 5 star gaya dan rupanya..tapi sayang rasa malu hilang di bawa bersama lemak yang mencair..kihkihkih..kalau boleh biarlah keimanan dan rasa kasih sayang kita pada Allah terus bertingkek tingkek..boleh??..tp tak apa..Allah sentiasa memaafkan..

"Kita kira dulu 1 sampai 10 tau..awak semua cepat sembunyi..nanti kita cari.."..jawabnya berdesup lari cari tempat menyorok..bawah rumah,dalam tempayan kosong,bawah tangga,, selagi muat dan boleh..on saja..reban ayam saja tak sampai hati nak sembunyi..takut sebulan tak lalu nak makan..begitulah resam anak anak,,Biarkan mereka menikmati zaman ribena,, dan kita bertindaklah selari dengan usia,, agar tidak dipandang sinis dan menimbulkan fitnah pada setiap tingkah..

Semakin jauh kita berlari semakin lelah kita..dan semakin itu juga kita memerlukan udara untuk bernafas..untuk meruskan kehidupan yang penuh pancaroba ini kita mesti bertabah hati,sandarkan segalanya pada Ilahi..sentiasa..bila bila dan di mana mana..kecil atau besar,, sekit atau banyak kesilapan yang kita sengaja atau sebaliknya lakukan..rujuk kembali pada DIA dalam kadar segera..mana mungkin kita mampu menyembunyikan kerana DIA yang mencipta kita..




PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

13 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. salam .. hye kak .. singgah teratak akak .. x mo lah sembunyi2 ye .. ^_^

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum PC,
    Terima kasih untuk entri yg bermakna ini.:) Salam sayang dari Setiawangsa

    BalasPadam
  4. betul tu kak, tak guna kalau kita nak sembunyikan sesuatu pun. Allah nampak setiap perbuatan kita

    BalasPadam
  5. Buat kakak terkenang main endok (kakak panggil main sembunyi ni PC). Pernah sembunyi sebalik pokok serai bayangkah berbilai kulit kena daun serai. Malam arwah mak sapu minyak. Itu kasih org tua tak pernah sembunyi. Kasih Allah pun terang-terangan tapi kita ini yg sering lupa mahu sembunyi sering kata tak cukup utk bersedekah/tunai haji dsb tapi tiap tahun sofa berganti, kereta baru.. moga kita sentiasa alert dan muhasabah diri..

    Apa yg pasti kita menghampiri mati dan kiamat semakin menghampiri..

    BalasPadam
  6. bertindaklah selari dgn usia, seiring dgn peningkatan usia diharap iman kita begitu juga ye cik PC..

    BalasPadam
  7. Salam pagi isnin dari bunda...
    sama2 kita muhasabah diri...

    BalasPadam
  8. @Azie Azam
    Hehe..taklah..ceria ni azie..alhamdulillah..

    BalasPadam
  9. @syathirah
    Waalaikummusalam..siapa sangka Allah susun pertemuan kita..

    BalasPadam
  10. @Kakzakie
    Betul kak..alasan demi alasan untuk tutp kelemahan diri..tampa berusaha untuk menuju ke arahnya..moga kita segera sedar..

    BalasPadam
  11. @Gee Lion
    Amin..harapnya begitu..bijak dan matang dalam setiap tingkah laku dan pertuturan..

    BalasPadam
  12. @BUNDA a.k.a KN
    Hai bunda..amin..moga kita sentiasa perbaiki diri..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama