::..JenterA..::

 Sumber..Google

Bissmillahirahmanirahim..
Assalammualaikum WBT semua..

Syukur atas segala nikmat dan rahmat ILAHI..siang malam bersilih ganti,, hujan panas bergilir tempat,,alhamdulillah..masa terus berlalu..yang baik kita ambil,, yang kurang molek itu kita pinggirkan.. setengah tahun sudah berlalu..dan kurang sebulan Ramadhan kian menghampiri..moga Allah beri peluang dan ruang pada kita untuk merasai nikmat Ramadhan tahun ini..amin..

Dalam setiap tingkah biar besederhana..segenap sudut..kerana itu yang terbaik dan sebaiknya..untuk kita dan kemaslahatan orang sekeliling kita juga..namun andai itu juga menimbulkan rasa kurang senang dan selesa pada insan lain..jangan sesekali buruk sangka..itu ujian tanda kasih dan sayang Allah pada kita..bersihkan hati dan minda kita..

Saiz..fizikal.. itu ukuran luaran..namun apa yang utama kebijaksanaan dan hebatnya ia berfungsi dan memainkan peranannya..warna kereta  yang sedikit kusam itu kadangkala sakit je mata dan hati kita melihatnya..namun kemampuannya menyelusuri jalan berbukit itu lebih bermakna..ye tak..ibarat cili yang kecil tapi membolehkan pemangsanya menjadi penghuni tandas yang tegar..hehe..

Jasad yang sihat adalah apabila miliki jentera dalaman yang terpelihara kualitinya..hati yang sentiasa subur dengan semaian benih istiqhomah dalam amal maaruf..nahimungkar..akal yang terdorong untuk membina jejantas terbaik ke jannah Allah..usahakan..insyaallah boleh..




PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Itulah sebabnya jgn ikut kehendak hati. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Tanya pada iman di dada mana hala mahu dituju. Allah dah kurniakan aqal-fikiran sendiri kena membuat timbang-tara mana yg terbaik utk bahagia di dunia dan akhirat...

    BalasPadam
  2. satu perkongsian yang sangat bermakna sekali, kak. so deep! hehe. renovate & renew hati. insya Allah.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama