Bissmillahirahmanirahim
Alhamdulillah..cukup walau hanya sepatah perkataan..membayangkan rasa hati terhadap Allah yang memberi setiap nikmat..tanda bersyukur dan berterima kasih..jangan pula ucap alhamdulillah beribu kali..tetapi..tidak melunaskan amal ibadah yang lain..itu kejam namanya..kejam pada diri dan kejam pada Ilahi..
Angan angan..menjadi impian..membuahkan harapan..hingga mecambahkan cita cita..termenung,menongkat dagu..boleh..silakan..tapi mesti disertai dengan usaha..doa..jangan asyik ciplak senyuman si kerang..
Adunan sama..acuan berbeza..yang penting menjaga sensitiviti satu sama lain..kita tidak boleh mengubah orang lain kerana sememangnya Allah telah menjadikan setiap daripada kita punya pakej tersendiri..namun kita masih boleh terus dan sentiasa berdoa moga hidayah Allah itu selalu menghampiri..
Hidup ini indah..hiasilah dengan haruman ukhwah..manisan du'a dan..jadikanlah diri kita ini agen yang membawa aura aura positif..
dahulukan izin dan redha Allah sebelum mengutamakan izin dan redha sesama insan..kerana adakalanya izin insan bersertanya adalah nafsu dan akal..berpada pada..beringat ingat..insyaAllah kita selamat..
jika Allah berkehendak pastinya ianya terbaik untuk kita
BalasPadam