Bissmillahirahmanirahim
Assalammualaikum ukhuwah ♡
Assalammualaikum ukhuwah ♡
Google image
Syawal dirasa semakin dekat
Saudara mara bertandang jauh dekat
Dalam bergembira jangan tak ingat
Zakat fitrah lunaskan cepat
Penyapu lidi penyapu jerami
Ke hulu ke hilir gigit jari
Hindarkan pakai kasut tumit tinggi
Takut nanti menangis sendiri dek pinggang rasa macam digeraji
Jauh dekat jangan beralasan
Ibu ayah tak minta balasan
Ingat hidup bukan berpanjangan
Ziarahlah mereka walau semalaman
Burung merpati burung serindit
Sayapnya luka kerana ibunya cubit
Mengumpullah berdikit dikit
Supaya diri tak terasa sakit
Kalau dah congkak kawannya guli
Galah panjang main ramai ramai
Duduk berayun di atas buai
Moga duit raya anak anak jangan kita tuai
Buah betik buah mengkudu
Anak itik asyik menyudu
Jauh beza sekarang dan dulu
Bukan alasan untuk beradu
Sirap selasih laici ais
Salam cium tangan sambil menangis
Nampak kosong saja peti ais
Sila isi bukan marah bermuka bengis
Salam Ramadhan perdu Cinta :)
BalasPadam@Nurul Hidayah
BalasPadamsalam ramadhan kembali ye nurul..
mendalam sungguh setiap bait² ni..hampir lost kejap..huhu
BalasPadam@Azhafizah Md Nor
BalasPadamala malu kita..hehe..